Warkah terbuka SPRM buat Kit Siang meroyan

Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang turut menyentuh ahli politik mencetus kemarahan Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu mencadangkan supaya Dzulkifli dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan agar menyatakan dengan jelas siapa individu yang terbabit rasuah.

“Saya tak tahu ditujukan kepada BN (Barisan Nasional) atau apa tapi kita di Pakatan Harapan saya rasa ini merupakan satu penghinaan kepada insititusi parlimen.

“Namakan siapa ‘corrupt’ (rasuah)?, siapa MO1? Menteri ‘corrupt’ (rasuah)? Kita tak boeh diamkan perkara ini,” katanya ketika bangun di bawah Peraturan Mesyuarat  26(1)9b) di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Dzulkifli menerusi warkah terbuka itu semalam antara lain  meminta semua ahli politik dan badan kehakiman supaya tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketika itu, Azeez bingkas bangun mencelah dengan menyatakan.”‘Gelang Patah, termasuk (ahli parlimen) Bagan (Lim Guan Eng), termasuk Bagan, sebut nama Bagan sekali, Jangan tunding jari pada orang lain,” katanya ringkas.

Tindakan Azeez itu kemudiannya mencetuskan kemarahan Kit Siang lalu beliau menjerit meroyan dengan menyuruh Azeez duduk.

“‘Duduk.. duduk, ‘corrupt’ ‘corrupt’ (rasuah)’,” jeritnya.

Kit Siang yang dilihat hilang sabar apabila anaknya turut dikaitkan dengan rasuah terus menjerit-jerit manakala Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba membantu Kit Siang dengan bangun mencelah meminta Azeez diam dan duduk.

Bagaimanpun Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata Kit Siang perlu membuat usul secara bertulis terlebih dahulu jika cadangan itu mahu dibahaskan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang kini berdepan dua pertuduhan rasuah dalam  skandal pembelian rumah di bawah harga pasaran di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana