Waktu makan pun MB Perak terima surat “saman”...Inilah Yang Kita Mahukan kepada Pemimpin

Banyak perkara yang boleh dilakunkan apabila berdepan dengan rakyat seperti menanggis atau setidak-tidak menepuk bahu. Bukankah itu yang sering dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik?

Namun jika sudah banyak kali dan berulang kali dilakukan ia tidak lagi dilakukan untuk mengharapkan undi simpati rakyat. Ianya nyata sifat keprihatinan seseorang pemimpin seperti ditunjuk Menteri Besar Perak dalam program permukiman yang masuk hari ketiga.

Pada hari ketiga (Khamis) permukiman YAB MB di Taiping dan Bukit Gantang rakyat yang hadir untuk mengambil kesempatan bertemu Menteri Besar melakukan apa sahaja untuk memperoleh perhatian. Kebanyakkan datang dengan wajah sedih.

Tetapi seperti dijelaskan oleh Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir bahawa beliau tidak menitikberatkan hal-hal protocol. Bagi rakyat ia suatu yang baik kerana bukan senang peluang berjumpa pemimpin nombor satu itu yang datang ke kawasan kediaman mereka.

Kelaziman bagi mereka yang dihimpit masalah akan mengusung sampul surat pelbagai warna untuk dipersembahkan kepada Menteri Besar. Harapan rakyat agar masalah mereka dapat diselesaikan.

Satu contoh ketara ketika melakukan “rondaan” di program  permukiman di Kampung Hujung Matang, Menteri Besar menemui satu keluarga miskin. Kepada beliau, penghuni rumah usang itu,Mardiah Din, 48 tahun yang kematian suami mengadu nasib diri dan keluarga.

Nyata hasil lawatan itu  memberi harapan baru  kerana anak-anak Mardiah iaitu empat orang dijadikan anak angkat Yayasan Bina Upaya (YBU). Dua anak kembar sulongnya, Norizah Azmi dan Norhabshah, 17, serta Norsuhaila, 13 belajar di SMK Matang manakala anak bongsunya Mohd Azim, 6, bersekolah di SK Matang.
 
“Saya merasa amat terharu apabila Dr Zambry memberitahu bahawa anak-anak saya diambil sebagai anak angkat YBU bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna sehingga  ke peringkat pengajian tinggi nanti,” katanya kepada wartawan.

Dalam ucapan di program walkabout dan pameran agensi/Jabatan di Dataran Muzium Ngah Ibrahim (anjuran YBU) pada Khamis juga, Dr.Zambry menceritakan nikmati keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia berbanding beberapa negara lain.

Tanpa menyebut sebuah negara di Timur Tengah yang dilawati, beliau  dan rombongan terperangkap dekat kawasan lapangan terbang  menuju ke destinasi gara-gara presiden negara itu turut menggunakan lebuhraya. Apa lagi pihak berkuasa mengepung dan memastikan keselamatan pemimpin mereka dengan menyekat laluan kenderaan.

 “Bayangkan . . . kami berdepan trafik jam 2 jam semata-mata memberi laluan kepada tokoh berkenaan . . . . kerana ini soal keselamatan pemimpin. Pihak berkuasa melakukan sekatan memastikan keselamatan pemimpin mereka.”

Beliau bagaimanapun berkata di sini soal itu tidak berbangkit. Katanya beliau diperingati oleh pihak tertentu tentang isu keselamatan tetapi “yakin” kita tidak seperti di sana. “Sebab itu kita kena  ambil iktibar, kita kena memastikan keamanan bukan berdemonstrasi semata-mata mahu melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan undang-undang.”

Dalam kenyataan sama beliau berkata Klinik Dr.Zambry (bukan kilinik ubat) pada hari ketiga menerima 76 permohonan seperti masalah jalan berlopak,bumbung bocor serta permohonan yang  belum dapat maklum balas.

 Dalam konteks ini beliau mengingatkan wakil-wakil rakyat terutama mereka di kawasan diwakili pembangkang supaya turun padang menyelesaikan masalah rakyat. “Ini tugas kita juga kerana masalah rakyat harus diberi keutamaan bukan hanya semasa musim pilihanraya.” .

Beliau memuji langkah Ketua-ketua UMNO bahagian di Perak turun padang meninjau masalah rakyat termasuk di kawasan bukan diwakili calon BN. “Saya sangat gembira melihat komitmen mereka. . . “

Serentak dengan itu beliau memuji ADUN DAP Kuala Sepetang yang turut hadir dalam program berkenaan. “Tapi saya tak tahulah samada dia buat kerja di kawasan ini ataupun tidak …” spontan menarik gelak ketawa orang ramai.
             
 “Saya tidak mahu menuduh  dan mempertikaikan sama ada wakil rakyat pihak pembangkang bekerja atau tidak tetapi penilaian akhirnya rakyat sendiri,” katanya.
Jelasnya, ahli politik bukan sekadar pandai mengumpul sokongan tetapi paling utama adalah rakyat sendiri akan melihat dan nilai kemampuannya. “Sila turun ke bawah sendiri lihat keluh kesah rakyat untuk membantu,” anjurnya.

Beliau juga menceritakan berdepan dengan situasi yang tidak selesa. Katanya ketika berada dalam program sarapan pagi, sewaktu beliau menjamu selera, beliau didatangi seseorang membawa sampul meminta bantuan.

Katanya pegawai kanan kerajaan berada disebelahnya mengingatkan orang berkenaan menunggu selesai Menteri Besar makan baru serah borang. “Saya kata takpa. . .sebab ini masalah mereka. Saya mengambil surat, membaca dan meminta tindakan diambil. Kita tidak boleh terlalu protocol . . . . kita harus selami denyut nadi rakyat bukan membuat halangan dalam apa jua situasi.”

Seramai 200 orang menerima pelbagai sumbangan  berupa kotak makanan YBU, pakaian sekolah Back to school,  derma siswa Yayasan Perak, penyampaian cek pinjaman mikro kredit dan penyampaian bantuan Geran SME Corp. disampai sendiri oleh Menteri Besar.

Sementara dalam program lain, Menteri Besar  mahukan program tradisi membantu rakyat menjadi priority. “ Pasukan yang baik dan kuat ialah mereka yang saling tolong menolong dan membantu membantu antara satu sama lain. “Harapan kita semua untuk tahun 2017 nanti, kita dapat meneruskan tradisi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jelata,” katanya.

Ucapan itu dibuat ketika menemui kakitangan kerajaan dalam Program Santai Bersama Penjawat Awam di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Beliau berharap mereka  mengelak diri  daripada mengumpat antara satu sama lain kerana ia boleh menjejaskan tumpuan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Yang paling penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam program berasingan lebih 120 anak muda sekitar  Kamunting diraikan dalam Program Sembang Santai . Pelbagai aktiviti  seperti karaoke, permainan bola sepak, busking serta jamuan makan beramai-ramai.
 
Para belia yang hadir di Dewan Orang Ramai Kampung Pak Dollah diberi peluang bertanyakan apa saja isu melibatkan mereka.  Anggota panel terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Temengor, Salbiah Mohamed dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Sementara itu kerajaan negeri memperuntukkan RM550,000  menaiktaraf pusat pelancongan Kg Dew yang terkenal dengan produk kelip-kelip.  Juga  dua lagi kawasan lain yang ada kelip-kelip seumpamanya di seluruh dunia; hanyalah terdapat di sini, Kuala Selangor dan Mississipi, Amerika Syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi memberitahu salah satu projek menambahbaik jeti Kg Dew dan pusat interpretatif pelancongan.

Fasa pertama  menelan kos RM350,000  manakala  baki RM200,000 bagi pembinaan satu walkway bermula awal tahun hadapan. Sebelum ini pelancung ke jeti dan menggunakan perkhidmatan bot. Selain dari itu kerajaan telah melatih dan memberi kursus kepada 10 jurumudi atau boatman dan lapan orang pemandu pelancong yang terdiri daripada anak tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana