Video....Masihkah Ingat Bagaimana Polis Dipukul Ketika Demo Haram Bersih?

KITA  amat terkejut dengan kenyataan yang cukup hipokrit dari Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkenaan keselamatan anggota polis akan dipertaruhkan sekiranya Datuk Seri Jamal Yunos yang memimpin gerakan Baju Merah tidak ditangkap.

Masihkah anda ingat bagaimana peserta perhimpunan haram Bersih bertindak ganas memukul anggota polis serta menterbalikan kereta polis tersebut? Adakah perkara ini tidak dianggap ganas oleh Rafizi?

Ketika ini kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal masih lagi belum wujud namun keganasan terhadap polis telah berleluasa dilakukan oleh peserta Baju Kuning. Masihkah Rafizi mahu terus menyalahkan Baju Merah atas insiden tersebut?

Apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi hanya lah menakut-nakutkan anggota keselamatan agar Jamal ditangkap dan mereka dapat melakukan jenayah hasutan melalui demonstrasi haram jalanan secara bebas dan tanpa sekatan.

Atau adakah Rafizi “takut” pihak keselamatan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu dalam menangani perhimpunan haram Bersih dan Baju Merah.

Jika pakatan harapan pimpinan DAP tidak mempunyai keyakinan untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut maka mereka sepatutnya menarik diri. Jika mereka menarik diri maka secara automatik pasukan Baju Merah akan turut menarik diri memandangkan kumpulan tersebut hanya bertindak sedemikian atas dasar menentang perhimpunan haram Bersih semata-mata.

Tindakan parti PAS yang enggan menyertai Himpunan haram Bersih kali ini akan memberikan kesan yang agak berlainan daripada sebelum ini.

Pihak pakatan harapan yang diketuai DAP merasa sedikit gusar berkenaan jumlah kehadiran sehingga memaksa mereka mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk merayu agar penyokong beliau turut sama dalam perhimpunan tersebut. Namun Mahathir sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir atas alasan berada di luar negara.

Saksikan video di bawah untuk melihat sendiri bukti keganasan yang dicetuskan oleh peserta perhimpunan haram Bersih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana