Video!!! Jamal Dendang Lagu Ejek Bersih 5


PETALING JAYA: Tempoh tiga hari dikurung di dalam lokap ternyata memberi ilham kepada ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos untuk menghasilkan lagu mengejek kegagalan perhimpunan haram Bersih 5.0.

Dalam rakaman video selama 11 saat, Jamal mendendangkan lagu yang berlirikan kegagalan himpunan Bersih pada Sabtu lalu.

"Saya mahu menyampaikan sebuah lagu untuk Bersih 5," kata Ketua Umno Cawangan Sungai Besar itu sebelum menyanyikan lagu tersebut.

Beliau menyanyikan lirik, Bersih 5 gagal berulang sebanyak enam kali sambil mengejek menggunakan simbol tangan.

Jamal sebelum itu dibebaskan di Ibu Pejabat Balai Polis Ampang Jaya selepas tempoh reman selama empat hari tamat.

Beliau ditahan polis pukul 1.30 pagi pada Sabtu lalu kurang 12 jam daripada perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana