Usul kontrovesial Haji Hadi langkah setapak lagi ke depan…akan dibaca kali kedua di Dewan Rakyat

Usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah atau dikenali sebagai RUU355 akhirnya dapat melangkah setapak ke depan lagi setelah di dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Ketika terus berdepan dengan bantahan dari kalangan Ahli Parlimen bukan Islam baik dari pembangkang dan komponen BN kerana mendakwa ia ada kaitan dengan Hudud…usul berkenaan akan dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok Rabu atau Khamis.

Sebelum ini timbul keraguan dan pelbagai spekulasi apakah usul Haji Hadi itu sempat dibawa seterusnya ke Dewan Rakyat yang sidang sesi kali ini akan berakhir Khamis.

Usul berkenan berada di urutan bawah dalam urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

‘Laluan’ dari kerajaan  untuk usul berkenaan maju ke depan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi petang Selasa.

Ini selepas beliau mengadakan pertemuan dengan kalangan Ahli Parlimen yang beragama Islam di bangunan Parlimen.

Pertemuan itu juga dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang jaga portfolio urusan agama.

Beliau bagaimanapun menjelaskan cadangan rang undang-undang itu tidak akan dibahaskan pada sidang kali ini.

Serentak dengan itu Zahid memberitahu sebuah Jawatankuasa Pilihan berhubung RUU355 dianggotai Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam akan dibentuk bagi membincangkan dengan lebih terperinci mengenai rang undang-undang itu.
 Katanya, beliau selaku Ketua Whip Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif untuk meninjau pendapat daripada Ahli Parlimen Islam mengenai cadangan pindaan kepada RUU 355 itu.
"Ia dibuat kerana terdapat pelbagai tafsiran terhadap usul persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) apabila undang-undang ini dibawa ke Parlimen.
"Oleh demikian, penjelasan yang kita bincangkan tadi antaranya mengambil keputusan supaya sebuah jawatankuasa pemilihan dibentuk yang akan membabitkan sekali Ahli Parlimen Islam dan Bukan Islam untuk memperincikan, memperhalusi dan memurnikan jika terdapat beberapa unsur yang tidak jelas mengenai pembahagian kuasa yang ada pada mahkamah syariah dan mahakamah sivil," katanya.
Menurutnya apa yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Pilihan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk dibentangkan kepada jemaah menteri bagi mendapatkan persetujuan Kabinet.
Zahid berkata dalam pertemuan itu beliau menjelaskan pertama RUU355 yang dibawa oleh Haji Hadi itu itu khusus untuk orang Islam.
Kedua, tiada mana-mana peruntukan yang termaktub dalam undang-undang dan yang membabitkan kuasa mahkamah sivil yang akan diambil alih untuk dilaksanakan di Mahkamah Syariah.
"Yang ketiga, RUU 355 ini adalah hanya untuk memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah sahaja," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana