UMNO dan PAS dari DNA yang sama... tidak mustahil berkerjasama

Dalam politik, awan jadi lawan, jadi kawan balik itu biasa.
Apatah lagi apabila mengenang PAS merupakan parti serpihan pertama UMNO, pernah berkerjasama dalam Barisan Nasional (BN) ketika zaman Tun Abdul Razak, sebelum kembali bermusuh di zaman Tun Mahathir Mohamad.
Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa kalau DAP boleh terima Mahathir, tidak mustahil UMNO menerima PAS dan PAS menerima UMNO untuk bekerjasama.

"Ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.

"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.

"Saya percaya antara parti politik (UMNO dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Ahad.

Annuar berkata, kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO untuk tujuan itu.

Beliau berkata, mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

"PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.
Sementara itu, Langkah mewujudkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu UMNO secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.
“Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.
“Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti,” katanya.
Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.
Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana