Twitter hasutan: Zaid Ibrahim kena bagi penjelasan kepada polis

Gara-gara nak tunjuk marah hantar tweet berbentuk hasutan kerana kalah dalam permohonan di mahkamah untuk dapat kebenaran mencabar keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 billion…Datuk Zaid Ibrahim kena jawab kepada polis.

Bekas menteri itu telah menghantar tweet menerusi twitternya pagi Jumaat berbunyi : “Looks like if you are a crooked PM, all you have to do is appoint a crooked AG , and the court will not interfere.”

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim kemudian menerusi twitternya arahkan polis panggil Zaid untuk bagi penjelasan mengenai kenyataannya yang menghasut dna mengelirukan itu.

Zaid menghantar tweet itu tidak lama selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang membuat keputusan menolak itu kata mahkamah tidak dapat campurtangan dan plaintif harus mencari jalan lain.

Peguam kanan persekutuan ,Datuk Amarjeet Singh dalam hujahnya kata bahawa Peguam Negara mempunyai budi bicara mutlak bawah Perkara 145(3).

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pada 26 Januari lalu umum berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung isu dana RM2.6 bilion.

Beliau mengarahkan siasatan ditutup.

Selepas itu Zaid mengemukakan permohonan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara  yang tidak meneruskan prosiding terhadap Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana