TUN M TERKEDU LAGI : Majoriti Ahli DAP Tolak Kerjasama - Shamsher Singh

Alahai Tun. Semakin ramai nampaknya yang menolak pengaruh Tun ketika ini. Terbaru, Shamsher Singh Thind yang mencetuskan gempar di konvensyen DAP baru-baru ini apabila membidas kerjasama partinya dengan Tun Dr Mahathir mendakwa beliau disokong majoriti ahli.
Wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng itu berkata pandangan pengkritiknya yang mendakwa hanya segelintir menolak kerjasama itu adalah tidak berasas.

Shamsher dalam ucapannya kepada perwakilan DAP Ahad lepas menggesa parti supaya menjarakkan diri daripada Dr Mahathir, yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.

Beliau menarik balik kenyataan itu selepas diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menyangkal salah seorang pengkritiknya, Shamsher berkata penganalisis politik Azman Awang Pawi sewajarnya mengkaji sentimen dalam kalangan ahli DAP.

“Azman sepatutnya tidak berganjak daripada ketetatan perkaedahan, bukannya membuat kenyataan sewenangnya dan berbohong kononnya pemimpin DAP dan ahli tidak sependapat dengan saya,” kata pensyarah kriminologi dan undang-undang itu.

Shamsher kemudian menunjukkan 3 peristiwa pemimpin dan ahli DAP mencemuh kerjasama dengan Dr Mahathir.

“Pada 11 Ogos, pengarah pendidikan politik Pemuda Sosialis DAP Chiong Yoke Kong menggelar PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) klon Umno dan parti baharu yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan ‘Selamatkan Malaysia’.

“Pada 19 April tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh) dilaporkan berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mengundang bencana.

“Tambahan pula, selepas ucapan saya di konvensyen tahunan DAP negeri pada Ahad, beberapa ahli veteran menemui saya dan menjabat tangan, menandakan mereka menyokong kenyataan saya.”
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment