‘Tun M sokong reformasi sebab dikuasai dendam’

KUANTAN - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dikuasai dendam sehingga menjilat ludah sendiri apabila menyokong reformasi, demikian menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu hanya untuk mendapatkan sokongan PKR dan DAP bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya, Mahathir tidak berkemampuan melakukan secara sendirian, justeru beliau sanggup melanggar apa yang salah dengan menyokong reformasi.

“Masalahnya bukan dia (Mahathir) dengan PKR dan DAP, tetapi masalah dia dengan kami (Umno) semua yang berpuluh tahun mempertahan dan menyampaikan mesej yang dia bawakan dan kita bawa keluar.

“Dia kata Anwar tidak layak memimpin kerana melakukan perkara yang tidak boleh dimaafkan dan homoseksual.. maka sebagai pengikut setia, kita telah bawa ayat itu kepada khalayak.

“Kita berjaya meyakinkan begitu ramai rakyat di luar sana sehingga mereka bersama kami menyokong Mahathir.. tiba-tiba hari ini dia bercakap sesuatu yang lain. Dia terhutang kemaafan dengan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama akar umbi Pahang di Yayasan Pahang, kelmarin.

Annuar berkata, pendirian Mahathir terhadap Anwar kini menimbulkan keraguan terhadap siapa yang berbohong antara kedua-dua pemimpin tersebut sehingga rakyat menjadi mangsa kepada situasi politik sedemikian.

Dalam pada itu menurutnya, rakyat perlu menolak politik kebencian yang lebih menyebarkan fitnah termasuk terhadap perdana menteri.

“Saya tidak kata Najib sempurna, dulu kita  marahkan Mahathir...kita gantikan dengan Pak Lah tapi adakah kita gembira?

“Lepas itu kita juga suruh tukar Pak Lah.. dan kita bawa Najib yang semestinya lebih baik.

“Jadi sampai bila kita berada dalam negara yang sentiasa menanam politik kebencian,” katanya.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment