Tun M Nafi Muhyiddin Tak Setuju PPBM Sertai Pakatan Harapan...Sudah Lah Mandey Weiiii

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan.
Pengerusi PPBM itu berkata, walaupun parti itu masih belum menjadi sebahagian Pakatan Harapan, tetapi ia sudah mempunyai hasrat untuk menyertai pakatan pembangkang itu.
"Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal di sini, Sabtu.
Pada Jumaat, dilaporkan rancangan untuk menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara Pakatan Harapan dan PPBM pada konvensyen parti itu, Sabtu, belum dapat dilaksanakan, selepas Muhyiddin meminta penangguhan.
Muhyiddin yang sebelum ini telah bersetuju bahawa PPBM untuk turut menyertai pakatan itu, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana