Tun Dr Mahathir mengasut memfitnah meracunkan fikiran rakyat demi matlamatnya dan angendanya .

untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Seorang penulis politik yang aktif, Lim Sian See menyifatkan Dr Mahathir seorang penipu besar yang tidak layak dihormati memandangkan sering memutar belitkan fakta dengan tujuan mendapat keuntungan politik apabila mendakwa bahawa 98% hutang negara adalah dalam mata wang asing dan bukannya didalam RM ringgit malaysia...

“Hello! 98% hutang kita adalah dalam ringgit Malaysia, bukan mata wang asing. Jadi ia tidak terkesan dengan pertukaran forex.

Tulis penulis tersebut menempelak dakwaan Dr Mahathir melalui tulisan beliau didalam blognya.
“Bagaimana Dr Mahathir boleh menipu terang-terangan begini? Beliau rupanya seorang penipu. Penipu seperti ini tidak layak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan merujuk tulisan Dr Mahathir diblognya.

Jika menuduh kerana tak tahu, ianya kerana tak tahu tapi kalau Dr Mahathir tahu tapi masih menuduh, ianya menjadi fitnah.

(Bukan islam rupanya lebih tahu dari Dr Mahathir tentang fitnah)

Terdahulu dalam catatan blognya, Dr Mahathir mendakwa kerajaan tidak akan mampu membayar hutang kerana kadar tukaran ringgit kini pada RM4.50 berbanding dolar, dimana jumlah pinjaman negara akan mencecah RM900 bilion sekaligus akan menjadi punca negara bankrap.
Manakala kadar pertukaran mata wang yg menjadi rujukan Mahathir pula adalah Luar Pesisir yg tidak diikhtiraf oleh Bank Negara.

Turut mempertikai kenyataan Dr Mahathir adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan Pengerusi PPBM itu telah membuat pengiraan yang salah berhubung hutang apabila mengaitkan dengan mata wang AS.
Untuk maklumat katanya, mengikut statistik terkini Bank Negara, 97% daripada hutang Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia.

“Sebarang perubahan dalam kadar pertukaran asing hanya mempunyai kesan marginal kepada nilai hutang kerajaan kita,” kata Abdul Rahman.
Tegasnya, keputusan kerajaan untuk hanya meminjam dalam Ringgit Malaysia adalah belajar dari masa lalu ketika kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir telah meminjam dengan ketara daripada Jepun dalam Yen untuk membina projek-projek mega – antara lain, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pemindahan Air mentah Pahang-Selangor projek, Loji Kuasa Kenyir hidroelektrik dan projek Port Power Station Dickson.

Sudah tentu kerajaan tidak mahu mengulangi kesilapan beliau yang boleh memberi kesan kepada hutang negara tetapi jelas Dr Mahathir mahu berdolak dalih walaupun beliau tahu fakta sebenarnya.
Dr Mahathir menghakis sisa sisa rasa hormat yg ada oleh sebahagian besar rakyat negara ini khususnya dari penyokong parti yg pernah dinaunginya sebelum ini dengan dakwaan dakwaan yg mendedahkan siapa sebenarnya beliau, sekaligus merendahkan dirinya sendiri dimata rakyat Malaysia.

Kerana sifat dendamnya terhadap YAB Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia dan beliau sangup memfitnahkan kepada seluruh rakyat malaysia demi agendanya...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana