TPPA (US) Salah, Railway (China) Salah, DAP Ni Gila Ke Bodoh?

PENULIS kadang-kadang tak faham apa yang Pakatan pembangkang diketuai DAP ini nak.  Bila pelabur angkat kaki dari Malaysia, mereka kutuk, bila kerajaan nak cari peluang pelaburan baru, depa kutuk juga.  Ada saja yang tak kena ni apahal?

Dah macam orang gila pun ada penulis tengok.

Perhatikan ya, apa yang kerajaan hari ini buat yang tidak salah, semua pun salah.  Bila nak diadakan kerjasama ekonomi melalui TPPA dengan USA, DAP dan sekutunya kata Malaysia nak kena jajah dek Amerika.  Sekarang bila nak ada kerjasama yang sama dengan China, nak kena jajah dengan China la pulak.  Nak belah berapa bahagian negara ni kerjasama ekonomi ni semua dianggap penjajahan?

Berhentilah jadi bodoh.

Eh senang betul ke nak kena jajah zaman hari ni?  Tak boleh pulak nak bekerjasama dengan negara luar dalam bidang ekonomi sebab takut dijajah, mana datang logik?  Mahathir bekerjasama dengan Jepun dulu tak pulak kata Jepun nak jajah Malaysia?

Jadi rakyat jangan termasuk dalam perangkap puak-puak ni.  Mereka sebenarnya nak lihat kerajaan dan Perdana Menteri kita gagal, bila gagal, senanglah nak guna alasan untuk kata mereka yang layak jadi kerajaan.  Itu saja hasratnya.

Sudah tentu kalau ditanya di muka mereka, mati hidup balik pun taknak mengaku, tapi sebenarnya itulah pun hajat tu.

Bolehlah rakyat bertanya balik, apa jenis pembangkang macam ini yang nak lihat negara gagal asal cita-cita politik mereka berhasil?  Mana letaknya kesetiaan kepada negara?

Kerajaan buat benda baik, cari peluang pelaburan untuk negara dan rakyat pun salah, apa ceritanya tu?

Yang dia guna pelabur Yahudi untuk dapatkan dana bagi biaya usaha jatuh kerajaan, tak pulak terasa apa-apa?  Patutnya, yang itu kita harus bantah, bukan kerajaan yang nak cari peluang pelaburan (seterusnya peluang pekerjaan) untuk rakyat ni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana