Tinggi Sungguh Martabat Mahathir Berbanding Sultan

Ramai pihak menganggap, titah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa mencemar duli ke Pasir Gudang semalam, sebagai luahan hati seorang pemimpin yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Baginda cukup menitik beratkan perpaduan dan kedamaian sehingga Baginda turut menyelar pihak-pihak yang mahu merosakkan keharmonian negara.

Namun begitu, bukan semua orang dapat menerima apa yang cuba disampaikan oleh Baginda itu. Hari ini, secara tiba-tiba, seorang anak Johor bertindak menghantar surat terbuka kepada Kebawah Duli Baginda bagi menghalalkan perhimpunan haram serta menyucikan ketuanya daripada diasak hebat oleh Kebawah Duli Sultan.

Individu berkenaan adalah Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Siapa menyangka, anak muda masih berhingus ini berani menempelak Kebawah Duli Sultan hanya untuk menghalalkan apa yang jelas tidak disukai Baginda Sultan.

Lebih hebat lagi, dia cuba untuk menyucikan idola teragungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin dia sifatkan sebagai seorang "wali sufi" di Malaysia hari ini. Hebatnya pengaruh Mahathir terhadap pendirian budak hingusan ini sehingga berani mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Kebawah Duli Sultan Johor.

Dia mungkin tidak tahu atau sengaja enggan mengambil tahu bahawa idola teragungnya inilah yang bertanggungjawab menarik semula kuasa Raja-Raja Melayu semasa Almarhum Sultan Iskandar Al Haj menjadi Yang DiPertuan Agong satu ketika dahulu. Mahathirlah yang bertanggungjawab memanipulasikan kertas cadangan pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu, seperti yang dilihat hari ini.

Kini, sejarah yang sama cuba diulangi oleh seorang anak kelahiran Johor yang masih berhingus untuk memuliakan Mahathir. Bukan satu perkara yang menghairankan apabila PPBM ini mungkin akan menjadi sebuah parti yang anti Istana jika bersandarkan kepada tindakan biadab dan bodoh yang dipamerkan oleh Syed Saddiq.

Sejarah telah membuktikan bahawa Mahathir mampu memanipulasikan kuasa Raja-Raja Melayu dan hari ini. langkah yang sama cuba dituruti oleh anak didiknya sendiri hanya untuk menghalalkan perhimpunan BERSIH 5.

Adakah Syed Saddiq berasa dirinya sudah cukup terpelajar sehingga berani mencabar keputusan Baginda Sultan? Adakah dia merasakan, tindakannya ini selaras dengan apa yang dilakukan Mahathir pada awal 1990an dahulu?

Paling menyedihkan, jika keterampilan dan imej sebegini yang cuba di persembahkan kepada 31.7 juta rakyat Malaysia, bukan satu perkara mustahil andai PPBM berjaya membentuk kerajaan, mereka akan mencadangkan pembentukan Republik Malaysia tanpa kelibat Raja-Raja Melayu, selaras dengan apa yang diidamkan DAP selama ini.

Pada pandangan Syed Saddiq, Mahathir seumpama dewa atau "wali keramat" yang martabatnya jauh lebih tinggi berbanding Sultan. Namun dia terlupa, lebih separuh daripada 21.8 juta orang Melayu di Malaysia hari ini masih meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai institusi tertinggi negara berbanding Mahathir yang hanya menunggu saat kematiannya sahaja!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana