Tiga anggota komando cedera bahan kimia meletup

                                                                 Gambar HIASAN

Tiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.

“Masih belum ada report…tapi memang berlaku,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, 3 petang semalam.

Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana