Terima dana Soros: GAPENAS, persatuan polis buat laporan


SHAH ALAM: Polis digesa segera menyiasat dakwaan bahawa terdapat campur tangan jutawan Amerika Syarikat (AS) George Soros dalam perjalanan pilihan raya di negara ini.

Gesaan itu dibuat dua gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Gerakan Suara Selangor (GAPENAS) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Selangor.

Jurucakap dua NGO itu, Nasiruddin Mohamed berkata dakwaan campur tangan itu begitu serius dan merisikokan keselamatan negara.

"Mewakili kepentingan warga Selangor (kami), membuat laporan polis berhubung dengan pendedahan DC Leaks yang boleh kami sifatkan sangat membahayakan keselamatan negara.

"Usaha mereka menjatuhkan kerajaan Malaysia berjalan sejak sekian lama menerusi perancangan dan pemberian dana," kata Pengerusi GAPENA itu kepada pemberita di luar bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Soros sebagai memberikan sumbangan kewangan kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengarahkan siasatan dibuat bukan sahaja ke atas BERSIH tetapi juga portal Malaysiakini dan Merdeka Center (firma penyelidikan swasta), selepas dilaporkan turut menerima dana daripada Soros melalui Open Society Foundation (OSF) di negara ini.

Isu tajaan kewangan oleh Soros tercetus berikutan pendedahan yang dibuat oleh pengodam yang menggelarkan diri mereka aktivis DC Leaks.

Dalam pada itu GAPENAS dan persatuan bekas polis itu turut menggesa supaya Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan BERSIH yang dikatakan melanggar Perlembagaan Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang mengajak orang awam berhimpun bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah.

"BERSIH juga adalah NGO yang berdaftar dibawah pengawasan ROS.

"Justeru pihak kami mendesak supaya RoS mengambil tindakan segera terhadap BERSIH yang dianggap melanggari Perlembagaan Pertubuhan dan Akta Pertubuhan 1966," tambah Nasiruddin.

Kedua-dua NGO tersebut juga tidak menolak kemungkinan untuk menyertai gerakan Baju Merah bagi membantah himpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan 19 November depan.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Selangor, Md Yusop Abd Majid, pihaknya akan meneliti peraturan yang ditetapkan sebelum menyertai gerakan itu.

"InsyaAllah, tapi kita akan ikut aturan-aturan yang diberikan oleh pihak polis, kita akan patuh," katanya kepada pemberita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana