Terbaik lah....SPRM tahan Pengarah Urusan syarikat Glc kerana salah guna kuasa,rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima wang suapan.

Menurut sumber, pasukan siasatan SPRM menahan suspek yang berumur 56 tahun itu di kediamannya di Seremban kira-kira 9.35 pagi tadi.

Suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2010 juga disyaki menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan kerana enggan bersubahat dengannya, kata sumber berkenaan.

"Pegawai itu disyaki telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarkan mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

SPRM masih menyiasat jumlah wang suapan yang telah diperoleh suspek tersebut setakat ini," kata sumber itu kepada Bernama Selasa.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 serta dua buah kereta jenis Audi TT, sebuah Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson milik suspek di kediamannya.

Selain itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anak-anaknya yang melibatkan wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta, yang disyaki diperoleh secara rasuah.

"Pembekuan ini bertujuan untuk pasukan siasatan menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM dan Penggubahan Wang Haram.

"Suspek yang mempunyai tiga orang anak itu memiliki sembilan buah rumah yang mana dia dipercayai telah membeli kesemua rumah itu secara tunai," katanya.

Sumber berkata tiga buah rumah itu dibeli di Putrajaya, masing-masing sebuah di pusat bandar Kuala Lumpur dan Cyberjaya dan empat buah di Negeri Sembilan yang kesemuanya bernilai lebih kurang RM8 juta.

Berikutan itu, suspek dijangka dibawa ke mahkamah di Putrajaya bagi permohonan reman esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Ditanya jika pihaknya akan membuat tangkapan lagi, Azam tidak menolak beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat terhadap mereka yang memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa mereka.

Beliau berkata suspek yang ditahan dipercayai telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Semalam, Azam berkata ia merupakan satu perkara yang bahaya apabila seseorang yang mempunyai kuasa mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara.Oleh Muhammad Afiq Mohd Asri,Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana