Tapi bukan aku... Mahathir tak hadir demonstrasi Bersih 5

Serupa lagu popular kumpulan dari Indonesia, Kerispatih, Tapi Bukan Aku... ajak semua orang pergi demontrasi Bersih , tapi bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri tidak pergi.

Ini kerana kononnya beliau ada komitmen lain di luar negara walaupun tarikh Bersih 5 ini dihebohkan sejak tiga bulan lalu.

“Pada 19 November ikut perancangan yang telah dibuat lama sebelum ini, saya berada di luar negara.

“Tetapi saya ingin mengatakan sokongan saya kepada perhimpunan BERSIH,” katanya Rabu malam.

Beliau diwawancara oleh aktivis Bersih Hishamuddin Rais di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Mahathir bagaimanapun dalam wawancara 36 minit itu menyeru orang ramai menyertai perhimpunan itu, tidak kira parti.

“Ia untuk membersihkan pilihan raya dan jika pilihan raya tidak bersih maka ia tidak bermakna.

Sementara itu, PAS melarang mana-mana pihak memakai baju pasukan Unit Amal itu pada perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.

Jabatan Amal Malaysia berkata larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0 kali ini.

Ketua pengarah unit itu, Mohd Nazree Mohd Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.

“Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5,” katanya.

Unit Amal PAS sebelum ini menerima pujian atas kejayaannya mengawal perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3.

Bagaimanapun, keretakan hubungan antara pimpinan tertinggi PAS dengan badan NGO dan parti pembangkang lain sejak muktamar tahun lalu menyaksikan PAS tidak menyertai Bersih 4 pada Ogos tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana