Takkanlah sampai ke tua hendakkan dunia? Akhirat bagaimana?

Tidak dapat dinafikan, ramai pemerhati politik negara yang memandang sinis penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri terbaru himpunan haram Bersih yang dilihat sengaja dianjurkan bagi menjejaskan imej kerajaan dan negara di mata dunia.

Malah, sejak dari semalam lagi ketika rata-rata netizen hanya memerhati perjalanan Bersih 5, ramai yang mentertawakan himpunan puak baju kuning itu yang dilihat hambar berbanding himpunan-himpunan mereka yang terdahulu.

Bila dilaporkan tersebut ‘hambar’, puak baju kuning marah kononnya media berat sebelah. Namun saban tahun media yang sama membuat liputan, maka sudah tentu mereka boleh menilai sama ada himpunan haram itu makin ‘hangat’ atau sebaliknya, bukan?

Apa yang menggelikan hati penulis, ramai penyokong PAS yang menyindir Parti Pribumi Bersatu Melayu (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang disifatkan sebagai gagal menandingi kehebatan parti mereka ketika menyertai siri-siri himpunan haram itu yang lalu.

Kata mereka, PPBM dan PAN semalam terbukti sama sekali gagal menjadikan himpunan Bersih 5 ‘hidup’ dan tidak sehebat yang pernah berlangsung sebelum ini. Dengan jumlah kehadiran yang jauh merosot, tiada pula insiden yang mampu memberi tekanan yang jelas pada pihak kerajaan.

Pada pandangan penulis, apa yang berlaku semalam merupakan satu tamparan hebat kepada PPBM yang sebelum ini beriya-iya menghasut rakyat supaya melanggar undang-undang seperti mereka. Mereka fikir rakyat di negara ini bodoh?

Malah, himpunan baju kuning semalam turut memalukan Mahathir yang tewas pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setidak-tidaknya, Abdul Hadi mampu mengerah puluhan ribu penyokong PAS memenuhkan jalan raya, tapi Mahathir yang harapkan penyokong DAP?

Malah menurut beberapa rakan penulis yang kini bersama PPBM, mereka menjelaskan bahawa ramai di kalangan ahli parti serpihan UMNO itu sendiri rasa terlalu malu dan jijik untuk menyarung baju kuning, inikan pula menyertai himpunan haram Bersih.

Kata mereka, di mana hendak disembunyikan muka mereka jika dirakam lensa memakai baju kuning membuat kecoh di jalan raya, sedangkan merekalah dulu antara yang paling meriah mengutuk semua siri Bersih sebelum ini. Mereka malu pada anak isteri!

Mahathir dan anaknya Mukhriz mungkin mampu ketepikan rasa malu mereka kerana ia hanyalah melibatkan politik mereka semata-mata. Jika kerajaan BN jatuh kerana hasutan mereka pun, mereka yang akan naik dapat jawatan, kuasa dan teruskan tradisi ‘kaya raya’ keluarga serta kroni-kroni mereka.

Sedangkan apa yang ‘macai-macai’ bawahan PPBM dapat melainkan rasa malu pada sanak keluarga dan sahabat handai yang tidak henti-henti menyindir pedas. Malah mereka akan dilabel sebagai manusia yang hidup tanpa pendirian, di mana hendak diletakkan maruah mereka agaknya selepas menyarung baju kuning?

Nampaknya tindakan Mahathir dan anaknya yang terbaru ini mengundang padah. Bukan saja mereka tidak setanding dengan PAS, malah kegagalan mereka memahami pengikut bawahan mereka menyebabkan ‘perjuangan’ mereka berkemungkinan besar ‘kandas’ nanti.

Mungkin Mahathir lebih baik ikut nasihat Nik Abduh supaya kembali ke tikar sejadah. Nik Abduh bukanlah bermaksud Mahathir tidak solat, tapi mendekatkan diri pada Allah dan mengejar pahala disaat-saat ‘senja’ sebegini adalah lebih afdhal dari terjerit terlolong dalam hujan, ‘mengejar kuasa untuk seseorang’, bukan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana