Tak perlu himpunan…medan utama pilihanraya nanti

"Tunggulah pilihan raya. Itu medan utama,” kata Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman mengenai himpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur Sabtu yang dilihatnya tidak akan bawa kemana.

Katanya himpunan seumpama itu bukan saja tidak menyelesaikan sebarang masalah malah memperjudikan suasana aman damai negara.

Mengulas mengenainya selepas satu majlis di Kuala Terengganu beliau berkata banyak platform lain bagi menyuarakan pandangan mereka dan salah satu cara adalah menerusi para pemimpin dan wakil rakyat untuk membawa segala permasalahan dan pandangan untuk perhatian kerajaan.

Ahmad Razif berkata banyak platform lain bagi menyuarakan pandangan mereka dan salah satu cara adalah menerusi para pemimpin dan wakil rakyat untuk membawa segala permasalahan dan pandangan untuk perhatian kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula mengingatkan rakyat agar tidak melakukan sesuatu perkara yang melampaui batas dalam hendak menaikkan seseorang pemimpin.

Katanya, mereka harus menunggu sehingga pilihan raya akan datang untuk memilih siapa yang mereka mahu sebagai pemimpin.

Beliau berkata setiap kepimpinan di negara ini dipilih melalui pilihan raya dan hanya itu saluran terbaik untuk menyatakan sokongan atau bantahan rakyat terhadap seseorang pemimpin.

"Nak naikkan seseorang pemimpin adalah melalui pilihan raya, nak jatuhkan (pemimpin) pun, tunggulah pilihan raya nanti," katanya semasa berucap pada majlis Perasmian Sekolah Agama Sungai Ara di Pulau Pinang.

Beliau berkata rakyat juga dinasihatkan agar tidak cepat menyebarkan (viral) berita-berita tidak sahih, sebaliknya mendapatkan pengesahan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku salah faham sehingga memecah belahkan masyarakat.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, perhimpunan haram Bersih mengancam keamanan hidup masyarakat dan merosakkan imej negara.

Beliau berkata perhimpunan itu diadakan pihak tertentu bagi menimbulkan ketakutan dan mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat dengan mengatakan negara kini dalam keadaan cukup tertekan.

"Kalau benar-benar tidak mahu kerajaan hari ini memerintah, tungguhlah pilihan raya nanti. Pilihan raya akan tetapkan.

"Jadi jangan kita menafikan proses yang ada dek kerana tamak kuasa dan mahu keturunan sendiri memegang tampuk kuasa," kata Idris.

"Saya yakin di Kuala Lumpur hari ini berhadapan situasi kekosongan dengan tidak ada pengunjung yang datang termasuk pelancong turut akan mengelakkan diri daripada datang membeli-belah ke ibu kota," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau di Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, penganjur perhimpunan Bersih tidak akan mencapai matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara demostrasi jalanan.

Beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara mengamal sistem Demokrasi Berparlimen jadi setiap lima tahun akan ada Pilihan Raya Umum dan mengapa nak buat himpunan jalanan.

"Jadi saya berpendapat dengan cari perhimpunan jalanan yang tidak demokratik ini, penganjur Bersih ini tidak akan mencapai matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia," kata Dr Hilmi bercakap kepada wartawan selepas majlis penyerahan wang bantuan elaun sara hidup kepada nelayan-nelayan di Balik Pulau.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi telah menyediakan pelbagai ruang, pentas dan platform kepada rakyatnya untuk meluahkan pandangan tetapi bukan dengan cara himpunan jalanan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana