Tak cukup masa bentang RUU Mahkamah Syariah

Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin tidak berkesempatan untuk membentangkan Rang Undang-Undang persendirian mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah pada sesi Parlimen kali ini.
Sesi persidangan Dewan Rakyat akan berakhir pada 24 November ini.
Ketika ini Dewan Rakyat sedang membahaskan usul mengenai Bajet 2017 dan selepas itu sesi Parlimen mempunyai masa untuk membahaskan dua atau tiga RUU lagi sebelum tempoh persidangan berakhir.
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU kerajaan akan diberi keutamaan.
"Menurut kalendar selepas perbahasan bajet berakhir, akan ada dua atau tiga usul menunggu untuk diluluskan," katanya kepada Sin Chew Daily.
Selain itu katanya terdapat juga usul untuk menggantung Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.
"Kami hanya mempunyai dua hari untuk menyelesaikan semua urusan, saya tidak tahu sama ada akan ada masa (untuk RUU Hadi)," kata Azalina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana