Tajuddin cabar Khalid Samad ulang gelaran 'sial' di luar Dewan Rakyat...Ada Berani Kah Khalid Samad?

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini mencabar Ahli Parlimen Shah Alam untuk mengulangi gelaran 'sial' yang disebutnya di luar Dewan Rakyat.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, Khalid hanya berani menyebut perkataan itu di dalam Dewan Rakyat kerana dilindungi kekebalan imuniti sebagai ahli parlimen.

"Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarkan perkataan itu disebut di dalam Dewan Rakyat.

"Saya cabar dia ulang perkataan tersebut dengan menyatakan Datuk Tajuddin sial, Ahli Parlimen Pasir Salak sial. Kalau dia berani sebut, saya akan saman dia.

"Saya akan arahkan peguam saya saman dia, biar mahkamah tentukan dia betul atau salah bila cakap saya sial," tegas Tajuddin ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Semuanya bermula apabila Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sedang menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar di dalam dewan.

Beliau secara berseloroh menyebut hanya Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' kerana kurang senang diganggu beliau ketika menjawab soalan.

Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Khalid yang kemudiannya berkata Tajuddin sebagai sial apabila menyebut mengenai Teresa Kok pada awalnya.

"Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan, dia seorang sahaja mempunyai nama 'Teresa Kok'.

"Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinkan (Ahli Parlimen) Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial.

"Tindakan dia memang sebegitu, tiada seorang yang boleh ajar dia yang menyebabkan dia boleh cakap apa sahaja kepada siapa sahaja, dia perlekeh semua orang bagi menunjukkan orang lain macam bodoh," katanya.

Kekecohan itu bagaimanapun diredakan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.

Dewan kembali bersidang selepas itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana