Tahniah Tun Mahathir berjaya hijack Bersih5...

Belum jelas samada kerana kepandaian politik Tun Mahathir Mohamad ataupun memang pembangkang tiada pemimpin selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, ini kerana jika diamati bekas PM itu hanya perlu satu tahun sahaja untuk mengubah persepsi pemimpin, ahli dan penyokong pembangkang terhadapnya.
Tahun lepas Mahathir hanya tunjuk muka menyokong BERSIH 4. Tahun ni beliau menjadi kepala. Cukup mudah pembangkang diperdaya Mahathir.
Orang macam Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ini dua kali di ISA zaman Mahathir tapi mereka boleh berdamai begitu sahaja.
Kecekapan ahli politik veteran itu menghijack program Bersih5 mendapat pujian daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, Tun Mahathir berjaya mempermainkan pemimpin pembangkang dan mengambil kesempatan mempergunakan himpunan tersebut sebagai platfom beliau dalam agenda peribadi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tahniah kepada Tun Mahathir sebab berjaya jadikan BERSIH sebagai kuda tunggangan dan platfom dia.
"Mungkin seni politik Mahathir lebih canggih daripada pemimpin pembangkang yang secara tidak sedar, dan semua peserta Bersih yang selama ini menentang beliau telah dimainkan hidup-hidup oleh Mahathir.
"Saya lihat pemimpin pembangkang semua kena main secara total oleh Mahathir," katanya.
Kata Khairy lagi, ini dapat dibuktikan apabila hanya agenda Mahathir yang disebut-sebut dalam demonstrasi berkenaan.
"Dia tidak cakap soal isu rakyat langsung dan akhirnya semua tenggelam.
"Sebab semua pun sudah tidak ada bercakap pasal Anwar Ibrahim dah semua Tun Mahathir,"kata Khairy.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata semasa menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalang penganjuran sebarang perhimpunan anti-kerajaan.
"Tun M gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan ahli politik yang menentang kerajaan beliau.
"Kini Tun sertai perhimpunan haram, perkara yang beliau larang ketika beliau berkuasa, bila ada kuasa cakap lain, bila tiada kuasa cakap lain," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan terhadap kumpulan Bersih yang kononnya memperjuangkan isu berkaitan rakyat, sebaliknya ia lebih kepada kepentingan politik pihak tertentu.
Beliau turut mencabar pemimpin Bersih bertanding pada pilihan raya sekiranya mahu berjuang membela nasib rakyat.
Nur Jazlan berkata polis sedang menyiasat perhimpunan tersebut dan tidak menolak kemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap Dr Mahathir jika perbuatannya melampaui batas undang-undang.
"Kita hormat Tun Mahathir sebagai pemimpin negara tetapi kalau (tindakannya) melampaui batas (undang-undang), saya tidak menolak kemungkinan akan diambil tindakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana