Tabung Haji Nafi Dakwaan Ketidakupayaan Bayar Pendeposit...Buruknya Perangai Pihak Pembangkang Ni

KUALA LUMPUR:  Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia tidak berkeupayaan untuk membayar semula pendeposit jika mereka mengeluarkan simpanan sekali gus.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata dakwaan bahawa Tabung Haji akan mengalami defisit RM3.09 bilion, jika pendesposit mengeluarkan simpanan masing-masing, sebenarnya, kerugian tidak nyata yang tidak perlu ditolak daripada jumlah keuntungan tahun itu.

"TH tidak akan membayar bonus melainkan jika jumlah aset lebih tinggi daripada jumlah liabiliti bagi tahun berkenaan.

"Ini menunjukkan bahawa apabila TH membayar bonus, ia juga dapat memenuhi  kewajipan terhadap pendeposit," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangannya di sini.

Johan berkata seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan TH 2015, jumlah simpanan bersih TH, iaitu jumlah aliran masuk deposit ditolak semua pengeluaran, berjumlah RM4.97 bilion pada 31 Dis, 2015.

Beliau juga berkata TH berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi semua kewajipannya jika perlu memandangkan aset boleh direalisasikan berjumlah RM64.74 bilion.

Malah, Tabung Haji mencatatkan lebihan aset bersih bernilai RM1.44 bilion dalam tempoh yang sama, katanya.

"Kami menegaskan bahawa kami telus dalam pendedahan kewangan yang diterbitkan dalam Laporan Tahunan 2015, dan memberi tumpuan ke ats perkara yang perlu untuk melaburkan sumber-sumber kami bagi memberi pulangan yang lebih bermakna kepada pendeposit.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu menangani sebarang maklumat yang mengelirukan orang ramai, kerana ini akan menyebabkan pendeposit mengeluarkan wang mereka dan hilang giliran untuk menunaikan haji, seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana