'Syed Saddiq, jawab soalan Farhan dulu' - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta menjawab dahulu soalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairuddin mengenai kekayaan segera beberapa individu sebelum membangkitkan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga disifatkan tidak layak langsung untuk memberi nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu berkaitan.

"Saya mahu Syed Saddiq jawab dahulu soalan Farhan Khairuddin. Saya tertarik dengan surat Syed Saddiq anak muda dari parti PPBM di mana dia telah menyentuh perkara skandal rasuah berskala besar dan salah guna kuasa.

"Justeru saya menyeru agar Syed Saddiq segera menjawab soalan daripada Farhan, bagaimana anak-anak Dr Mahathir iaitu Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz boleh menjadi instant multi-billionaire dalam masa yang singkat.

"Jika Syed Saddiq tidak mampu atau enggan menjawab soalan tersebut maka saya merasakan Syed Saddiq tidak layak untuk menasihati Sultan Johor mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu kenyataan mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Ia reaksi susulan titah Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang yang menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.

Kenyataan Syed Saddiq itu mendapat reaksi pantas daripada Farhan yang memintanya supaya tidak terlalu mengikut telunjuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga sanggup menimbulkan masalah dengan Sultan Johor.

Farhan juga menyatakan tindakan Syed Saddiq itu mencerminkan cengkaman Dr Mahathir telalu kuat ke atas dirinya sehingga rasa hormat dan kesetiaan kepada Kesultanan Johor mampu dikorbankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana