"SYED SADDIQ JANGAN BIADAP"

"SYED Saddiq masih mentah...jadi jangan biadap nak persoalkan titah tuanku (Sultan Johor)."

Demikian ungkapan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin ketika memberi reaksi terhadap surat terbuka Ketua Armada Bersatu, Syed Siddiq kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Menurut beliau, "pemimpin muda itu sepatutnya berfikir panjang sebelum membuat kenyataan dan hujah demokrasi yang digunakannya itu bukan tiket untuk mempersoalkan titah seorang raja."

"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat ..., tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami."

"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.

Syed Saddiq hari ini mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu.

Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak sesekali cuba mengheret institusi diraja dalam kancah politik dan memperjudikan keselamatan negeri Johor.

"Dia (Syed Saddiq) tak layak untuk mengajar tuanku tentang soal demokrasi kerana baginda lebih arif dalam perkara itu.

"Sebagai ketua negeri pastinya Sultan Ibrahim meletakkan kepentingan dan kesejahteraan negeri Johor sebagai hal utama sebab tu baginda tak mahu sebarang anasir yang boleh membawa kepada kemudaratan rakyat berlaku di negeri baginda," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana