Strategi jelek PKR hadapi saingan kawan dan lawan

Bolehkah Datuk Seri Azmin Ali menghela nafas lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan tuduhan bahawa salah laku seks serta wang berlaku dalam pentadbiran negeri Selangor?

Bolehkah Menteri Besar Selangor itu yakin bahawa apa yang dilakukan oleh Setiausaha Agung merangkap naib presiden partinya, Rafizi Ramli membuat laporan berkenaan pada SPRM sebagai ikhtiar membantunya?

Kononnya, Rafizi mendapat restu pimpinan PKR membuat aduan itu kepada SPRM semata-mata supaya SPRM mengaudit wibawa ketelusan dan ketulusan pentadbiran Azmin di Selangor atas keyakinan ia adalah fitnah.

Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengesahkan bahawa siasatan SPRM mendapati tiada bukti wujudnya suguhan seks dalam urusan dengan kerajaan negeri Selangor.

"Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana (Rafizi Ramli), beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat

"Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud," kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Ini merujuk aduan kepada SPRM oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai dakwaan ada permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang membabitkan kerajaan Selangor.

Sebagai satu usaha pencerahan bagi pihak partinya, PKR, Ahli Parlimen Kuala Langat,  Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tampil mengisytiharkan bahawa tindakan Rafizi dalam kes itu berniat baik.

Beliau menegaskan bahawa tindakan Rafizi itu sebenarnya bukan bertujuan memburukkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah sebaliknya, kata beliau, apa yang dilakukan Rafizi itu adalah usaha membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

"Bukan (dakwaan) soal sahih tidak sahih, menjurus kepada maklumat yang Rafizi terima, yang dihantar kepadanya jadi itu adalah maklumat yang diberikan oleh orang pertama kepada dia, untuk bersihkan dakwaan yang dibuat.

"Tidak (memburukkan Azmin). Kita kena faham maklumat yang kita terima itu kita kena maklumkan dan kita kena buat siasatan kerana dakwaan ini datang dari orang yang pertama, kita adalah orang ketiga.

"Jadi kita menganggap setiap apa juga siasatan itu memerlukan keterbukaan bila siasatan dibuat maka dakwaan yang diberikan itu adalah bersifat tidak betul.

"Kira sudah selesailah siasatan itu. Cuma kita raikan ialah siasatan itu bersifat keterbukaan tidak ada niat jahat. Kita mahu bersihkan dan mahu pastikan kepimpinan itu bersih daripada segala gejala," ujarnya lagi.

Sebelum dan selepas Rafizi membuat laporan itu,  Azmin menepis dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai sebahagian kempen untuk memburuk-burukkan pentadbiran kerajaannya.

Namun bagi pihak yang rapat dengan PKR adalah sukar menerima ia adalah contoh kerjasama kedua-dua pihak memelihara nama baik parti. Malah isu itu dianggap sebagai sebahagian strategi pihak dalam parti memburukkan Azmin.

Banyak pihak melihatisu berkenaan adalah cetusan perbalahan di antara Azmin sebagai Timbalan Presiden dan penyokong presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memuncak ketika laporan dibuat Mei lalu.

Malah bagi bagi pengamat politik PKR, ia adalah cerminan cara dan pendekatan PKR “menyelesaikan” masalah politik dalaman parti seperti pernah berlaku pada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dua tahun lalu.

Dalam kes itu, apabila pimpinan PKR yakin Khalid enggan melepaskan jawatan menteri besar, Setiausaha Agung ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengedarkan pada media kenyataan beberapa salah laku Khalid dalam mengurus Selangor.

Khalid menganggap dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan bertindak menyaman Saifuddin dan parti. Kes itu kemudian diselesaikan di luar mahkamah setelah Khalid meletak jawatan.

Namun dalam kes Azmin “serangan” yang dilakukan oleh Rafizi mempamerkan ciri khas Rafizi dalam “mendedahkan kelemahan pihak individu dan badan korporat”

Lazimnya, matlamat Rafizi ialah melekatkan imej dan persepsi buruk terhadap pihak yang menjadi sasarannya. Ini pernah berlaku ada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Bagaimanapun setelah dibicarakan, Mahkamah Tinggi memerintahkan Naib Presiden PKR itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada perbadanan berkenaan dan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, kerana memfitnah.

Ia adalah berhubung kenyataan Mohd Rafizi berkaitan pinjaman pembelian hartanah KL Eco City, Bangsar.

Terbaharu, Rafizi membuat dakwaan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) tidak berupaya membayar semula pendeposit jika mereka mengeluarkan keseluruhan simpanan pada 31 Disember tahun lalu.

Rafizi mendakwa dana TH akan mengalami defisit RM3.09 bilion ekoran kerugian yang ditanggung daripada aktiviti pelaburan.

Katanya, kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 itu menyebabkan dana terkumpul semasa ialah RM56.24 bilion berbanding jumlah deposit terkumpul sebanyak RM59.33 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah bingkas menyatakan TH mempunyai nilai aset boleh direalisasikan RM64.74 bilion berbanding liabiliti kepada pendeposit sebanyak RM59.33 bilion.

Ini bermakna TH mampu mengembalikan ke semua deposit oleh pencarum jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.

"TH masih mempunyai lebihan sebanyak RM1.44 bilion jikalau kami mengembalikan semua dana pendeposit.

"Ini (analisis) tidak betul, jangan politikkan Tabung Haji," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangan TH.

Itu memang cara Rafizi yang nampaknya direstui oleh PKR iaitu “serang dan cemar nama baik pihak saingan” tidak kira kawan atau lawan. Mungkin bagi PKR dalam politik membina persepsi buruk khalayak terhadap pesaing adalah jalan pintas kemenangan.

Dalam kes Azmin, agak kurang bijaksana jika beliau tidak lebih berhati-hati dalam urusannya dengan beberapa pihak tertentu dalam partinya sendiri.

Azmin tentu tentu maklum, apa jua niat laporan itu dibuat pada SPRM, wibawanya sedikit sebanyak sudahpun tercemar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana