SPLASH: Air mahal untuk penduduk Lembah Klang jika ikut pelan Azmin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menjangkakan kadar tarif air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami kenaikan harga.

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberitahu, kenaikan ini dipengaruhi kadar pengambilalihan keseluruhan ekuiti dan liabiliti Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abass), Syarikat Pengeluar Ai Sungai Selangor (SPLASH) Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Bhd yang dijangka melebihi RM9.65 bilion.

"Semakin tinggi jumlah pengambilalihan, maka makin tinggilah impak kepada kenaikan kadar tarif air dan sewa pajakan kepada PAAB. Adalah dijangkakan jumlah keseluruhan pengambilalihan akan melebihi RM9.65 bilion.

"Ini adalah memandangkan terdapat sebahagian liabiliti syarikat konsesi yang tidak disenaraikan sebelum ini, serta penambahan kepada nilai pengambilalihan Syarikat Pengeluar Ai Sungai Selangor (SPLASH) oleh Air Selangor yang masih belum dimuktamadkan secara keseluruhan," katanya.

Maximus berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga merupakan bekas menteri besar Selangor.

Khalid meminta menteri berkaitan bagi menjelaskan terma dan syarat bagi perjanjian antara kerajaan negeri Selangor dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dalam penstrukturan semula industri air negeri dan impak terhadap perjanjian jika jumlahnya melebihi kadar RM9.65bilion seperti yang ditetapkan beliau sebelum ini.

Khalid sewaktu memimpin Selangor menawarkan pengambilalihan ekuiti dan liabiliti keempat-empat syarikat konsesi tersebut sebanyak RM9.65 bilion.

Sebelum Khalid dipecat, beliau berjaya mengambil alih tiga syarikat daripadanya kecuali SPLASH yang dikatakan tidak bersetuju dengan nilai yang ditawarkan bekas menteri besar itu.

Pada 12 September 2014, Khalid membuat tawaran terakhir dengan meletakkan RM 250.6 juta untuk mengambil alih ekuiti SPLASH.

Nilai itu ditentukan menerusi kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar (12% ROE), selepas kerajaan negeri meneliti terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air, yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Khalid menyembunyikan nilai tawaran sebenar berjumlah RM2.975 bilion yang dibuatnya kepada SPLASH.

Menjawab tuduhan Azmin, Khalid bagaimanapun berkata, tawaran berjumlah RM2.975 bilion kepada SPLASH itu adalah tawaran pada 25 Jun 2009, dan ia merangkumi  ekuiti berjumlah RM1.579 bilion dan liabiliti RM1.396 bilion.

Tawaran pada tarikh berkenaan (25 Jun 2009) juga kata Khalid, dibuat berdasarkan prinsip 'all or nothing', bermakna ia hanya disempurnakan jika keempat-empat pemegang konsesi menerima tawaran tersebut.

Ia terbatal selepas dua daripada syarikat konsesi iaitu  SYABAS dan Puncak Niaga menolak tawaran kerajaan negeri pada ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana