Sosma: Nazri Bidas Dr M...Ingat Madey Saja Yang Betul Yang Dilakukannya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau melanggar janjinya bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan digunakan untuk tujuan politik.

"Saya kini ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Saya tiada kaitan dengan keputusan menangkap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Sosma. Saya rasa Dr Mahathir sudah nyanyuk.

"Jangan kaitkan saya. Saya mempunyai semua fakta. Saya memberi jaminan bahawa Sosma tidak akan digunakan (atas sebab-sebab politik). Tetapi mengenai tindakan terhadap Maria, keputusan itu bukan kuasa saya," katanya.

Nazri berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran KL Bike Week 2016 di sini, Khamis.

Sambil mengakui bahawa beliau adalah menteri yang bertanggungjawab berhubung perbahasan penggulungan mengenai Sosma, Nazri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau terperangkap dengan janjinya.

"Apa yang saya ingin katakan di sini adalah ya...saya berpegang kepada janji bahawa ia tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Dr Mahathir juga harus faham. Beliau seharusnya lebih tahu bahawa apabila ia berkaitan soal ancaman keselamatan, perkara itu adalah kuasa Ketua Polis Negara.

"Itu juga adalah alasan Dr Mahathir kepada saya pada tahun 1987 apabila kita bertanya kepadanya mengapa dia telah menangkap rakyat," kata Nazri merujuk kepada Operasi Lalang apabila lebih daripada 100 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana