Siasat siapa beri dokumen OSA pada Rafizi....Sokong 100%

Polis diminta menyiasat siapa yang bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh memiliki laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap rahsia kerajaan dengan kadar segera.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari mahu proses penyiasatan itu dimulakan segera oleh polis oleh kerana soalan siapa yang membolehkan Rafizi mendapatkan dokumen yang dianggap sulit dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Katanya, petang tadi Setiausaha Agung PKR Rafizi dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas disabit kesalahan tanpa kebenaran mendedahkan laporan Audit 1MDB yang dianggap rahsia kerajaan kepada media.

"Khususnya Rafizi didakwa mendedahkan kandungan muka surat 98 dari laporan 1MDB tanpa kebenaran yang dianggap melanggar OSA. Apa yang merisaukan saya ialah persoalannya bagaimana Rafizi Ramli boleh memiliki dokumen rahsia dibawah OSA itu sedangkan dia bukan ahli jawatankuasa audit atau ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Penjelasan logik untuk ini ialah seseorang daripada PAC mungkin secara sengaja memberikan laporan itu kepada Rafizi dan ia sudah pasti seseorang daripada pembangkang," katanya dalam kenyataannya semalam.

Vell Paari juga mengecam perbuatan pembocoran dokumen rahsia sambil menjelaskan satu lagi hipotesis Rafizi mungkin menghilangkan dokumen itu daripada ahli PAC tanpa pengetahuan mereka.

Oleh demikian, Vell Paari yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat  MIC merayu polis supaya segera melihat secara serius perkara itu dan mengangkap pengkhianat yang melanggar undang-undang ISA untuk motif politik murahan mereka.

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Rafizi dalam kes mahkamah yang mana dia pernah dihukum dalam tiga lagi kes berbeza di mahkamah

Sebelum ini pada awal Januari tahun ini Rafizi disaman RM1,800 di mahkamah kerana dengan niat menghina dan mencetuskan kemarahan sesama ahli UMNO manakala pada Oktober lalu pula didenda RM200,000 untuk memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail  dan syarikatnya.

Pada awal November ini, Rafizi juga didenda RM 1,950 kerana didapati bersalah menganjurkan Rally Blackout 505 dan kini dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana disabit bersalah dalam kes mendedahkan dokumen rahsia kerajaan tanpa kebenaran.

Kesemua di atas membuktikan Rafizi pemimpin yang tidak boleh diyakini kerana didapati bersalah beberapa menghasut, menyebar fitnah dan menghina kerajaan Malaysia.

"Malangnya kepimpinan PKR terus membisu terhadap perbuatan Rafizi, dan saya tidak hairan kerana mungkin kepimpinan parti sendiri membenarkan Rafizi bertindak bertentangan dengan undang-undang negara memandangkan mereka sedar rafizi sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih populariti murahan. Nasihat saya kepada rakyat janganlah brsimpati untuk Rafizi kerana dia membuktikan dirinya sentiasa menyebar fitnah demi survival politik.

"Dia berhak dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang dibuat dan tiada sesiapa yang boleh bertindak melampaui undang-undag negara," tegasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana