Siapa di belakang SPLASH, istimewa kepada Azmin?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar mempertikaikan keistimewaan yang dimiliki oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) sehingga pengambilalihan ekuiti syarikat itu antara 2008 dan 2014 mencecah RM2.975 bilion.

Menurut Noh, syarikat yang sama juga dikatakan telah membuatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengubah status tanah di Paya Indah Wetlands daripada kawasan pertanian kepada pembangunan.

“Saya nak tanya Azmin kenapa syarikat yang sama dengan SPLASH itu diberi keistimewaan sebegitu dan diberi tukar pula status tanah. Siapa di belakang syarikat itu?

“Tetapi saya nak ingatkan Azmin, apa pun bayaran dibuat kerjaaan negeri kepada syarikat konsesi itu, akhirnya rakyat yang kena tanggung,” kata Noh ketika ditemui media selepas menyertai majlis Himpunan Penerangan UMNO Selangor pada Ahad.

Semalam, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH seperti yang didakwa oleh Azmin yang menggantikannya.

Khalid yakin kenyataan itu dibuat oleh Azmin bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Azmin untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.

Justeru Noh meninggalkan persoalan untuk dijawab oleh Azmin berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Khalid semalam.

“Kalau dulu SYABAS, Puncak Niaga dan ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd) dia bayar 100% oleh pihak kerajaan persekutuan, dimana kerajaan negeri buat pinjaman tapi tak keluarkan duit pun untuk bayar kepada SYABAS, Puncak Niaga dan ABBAS.

“Apabila kerajaan negeri setuju beli SPLASH dengan harga RM2.6 bilion iaitu dengan harga tinggi, adakah kerajaan negeri keluar modal atau tidak? Adakah 100% pinjaman daripada kerajaan atau kerajaan negeri sanggup bayaran peratusan daripada wang kerajaan negeri?” soal Noh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana