Serangan pembangkang terhadap ECRL tidak masuk akal

Serangan dan kritikan pemimpin pembangkang terhadap projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah tidak masuk akal dan mempunyai agenda tersembunyi.

Mereka juga terdesak sehingga mahu membandingkan kos projek landasan berkembar dengan projek kereta api baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan, berkata ini membuktikan Pakatan Harapan  mengguna pakai apa saja alasan untuk menimbulkan keraguan sekali gus mengagalkan usaha kerajaan untuk mengimbangi pembangunan antara Pantai Barat dan Timur.

“Pada mulanya, pemimpin Pakatan Harapan cuba menimbulkan keraguan dengan melemparkan tuduhan bahawa Malaysia Rail Link Sdn Bhd adalah sebuah syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

“Namun, saya menjelaskan bahawa syarikat itu adalah syarikat 100 peratus milik kerajaan.

“Semalam, tiga orang Ahli Parlimen Pakatan iaitu Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Hatta Ramli mengeluarkan kenyataan bersama untuk membidas kenyataan saya sebelum ini yang memberikan perbandingan ECRL dengan projek kereta api lain di seluruh dunia yang jauh lebih tinggi kosnya setiap kilometer,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga Ahli Parlimen itu kemudiannya, mencerca beliau dengan berkata bahawa beliau seorang yang jahil kerana membandingkan projek-projek yang kosnya lebih tinggi sehingga ada yang 10 kali ganda berbanding kos ECRL.

Katanya, beliau tidak sepatutnya membandingkan kos projek kereta api luar negara dengan kos ECRL yang menurut mereka bernilai RM91.7 juta setiap kilometer.

“Mereka berkata, saya sepatutnya membandingkan kos ECRL dengan kos projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru sepanjang 179km yang masing-masing bernilai RM44 juta dan RM39.8 juta setiap kilometer,” katanya.

Beliau mempersoalkan keterdesakan Ahli Parlimen pembangkang itu yang kononnya cekap tetapi mahu membandingkan kos projek landasan berkembar dengan projek kereta api baharu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana