Seorang makhluk dari spesis manusia telah dilahirkan untuk membuat fitnah.

Tujuan fitnahnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengaibkan orang, supaya orang lain membenci orang yang difitnahnya, untuk melingkupkan perniagaan atau institusi milik orang Melayu Islam dan memporak-perandakan sesama umat Islam.

Ini jelas kerana makhluk pemfitnah ini sudah beberapa kali kalah dalam saman yang difailkan oleh orang yang difitnahnya.

Yang terkini pihak mahkamah mendapati yang makhluk pemfitnah ini bersalah kerana menabur fitnah terhadap syarikat NFCOrp serta telah diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu di atas kesalahan fitnah yang dilakukannya dan RM100,000 kos guaman kepada plaintif.
Kini sekali lagi tampil membuat tuduhan mengenai Lembaga Tabung Haji yang didakwa tidak mampu membayar semula duit pendeposit sekiranya pemilik akaun tersebut mahu mengeluarkan duit simpanan mereka.

Mana-mana bank pun jika semua pendepositnya mahu mengeluarkan tunai secara serentak tidak mampu membayar. Bukan disebabkan wang pendeposit sudah lesap tetapi wang tersebut dilaburkan untuk mendapat keuntungan. Pendeposit dapat untung sikit dan bank atau Tabung Haji dapat untung sikit.

Wang pendeposit bukan disimpan di bawah tilam atau bantal oleh Tabung Haji. Ia dilaburkan.
Antara sektor ekonomi yang membabitkan penglibatan TH ialah perindustrian, perkhidmatan, perladangan, perbankan serta pemilikan hartanah di dalam dan luar negara. Tabung Haji memiliki ladang sawit dan getah seluas kira-kira 300,000 hektar dan bercadang membeli lagi ladang-ladang di Indonesia dan negara Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail berkata, jumlah aset terkini milik Tabung Haji sehingga akhir Disember 2015 berjumlah RM10.7 bilion.Kalau saya pemilik Tabung Haji, saya akan jual segala aset yang ada dan bayar balik wang pendeposit.

Selepas itu sesiapa yang mahu menunaikan haji hendaklah uruskan sendiri dari segi visa, penerbangan, penginapan dan segala-galanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana