Selangor mengaku gagal hapus kilang haram...Inilah Jadinya Perbuangan sisa kedalam Sungai Ni

Kerajaan PKR Selangor mengakui sukar untuk membanteras kilang-kilang haram termasuk di kawasan pinggir sungai kerana wujudnya campur tangan dan halangan daripada wakil rakyat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengakuan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah walaupun kerajaan negeri telah mengezonkan beberapa kawasan untuk diputihkan.

"Kilang-kilang tidak berlesen yang beroperasi di kawasan tidak sesuai seperti zon pertanian, perumahan atau tepi sungai, kita bukan saja bagi notis dan kompaun tetapi merobohkannya.

"Namun, kita ada kekangan. Bila mahu dirobohkan, akan ada wakil rakyat atau ahli majlis pertikai hal itu," katanya ketika sesi lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa..

Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tambahan Mohd. Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras) mengenai ketegasan kerajaan negeri dalam menangani masalah kilang haram di Selangor, selain daripada mengeluarkan notis dan kompaun mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Hian Wah memberitahu, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk menutup semua kilang haram di kawasan berhampiran sungai.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan memastikan kilang yang berlesen merawat air buangan terlebih dahulu sebelum melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelakkan risiko pencemaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana