Selangor digesa bezakan program kerajaan dan parti politik...Nak Berpolitik 24 Jam Kerajaan Selangor Ni

Penganjur Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitah supaya institusi-insititusi agama Islam di negeri itu tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan penganjur itu juga seperti ingin mengenepikan titah Sultan Selangor hanya untuk memenuhi agenda mereka sendiri bagi menjaga kedudukan Ketua Umum PKR itu.

"Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi menjaga kedudukan serta imej Anwar dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat?

"Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Negeri (penganjur) sepatutnya tidak 'rabun' membezakan diantara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran ini jelas menunjukkan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menerima arahan supaya menjemput guru-guru di bawah seliaannya menghadiri seminar tersebut.

Budiman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang turut menyambut baik ketegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang penglibatan para pegawai JAIS dalam seminar tersebut.

"Saya menyokong penuh serta menyambut baik penegasan MAIS terhadap penglibatan JAIS dalam seminar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Negeri pada 28 November ini.

"Penegasan MAIS itu sekaligus menjelaskan kepentingan bahawa institusi umat Islam di negeri ini seperti JAIS tidak seharusnya diperguna atau diperalatkan oleh mana-mana untuk kepentingan politik mana-mana parti termasuklah PKR yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri ketika ini," katanya.

Beliau turut meminta agar JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan seminar itu.

"Tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pegawai yang terlibat agar guru-guru agama  menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana