Sekatan Polis Tidak Patut Ada - Dr Mahathir...Inilah Banggangnya Bekas PM kata Begini

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila polis tidak membenarkan penyokong Bersih 5 berkumpul di Bangsar untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Dataran Maybank di Bangsar kira-kira pukul 2.20 petang tetapi disambut sekumpulan kecil penyokong Bersih kerana ramai sudah bersurai pada waktu itu.

Penyokong Bersih meninggalkan kawasan itu dan cuba masuk ke Dataran Merdeka menggunakan beberapa laluan lain.

"Polis melakukan tugas mereka tetapi penunjuk perasaan datang secara aman. Mereka tidak sepatutnya menyekat laluan tersebut," katanya secara ringkas kepada pemberita.

Beberapa penyokong Bersih yang masih belum beredar ternampak kelibat Dr Mahathir yang ditemani Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak lelakinya, Datuk Seri Mukhriz.

Turut menyertai beliau adalah beberapa pemimpin parti Pribumi dan sekumpulan konvoi motosikal berbaju hitam.

Dr Mahathir sempat bergambar dan berjabat tangan dengan beberapa penyokong Bersih sebelum memasuki kenderaan yang menunggunya setengah jam kemudian.

Beliau dipercayai menuju ke KLCC, lokasi sebahagian besar penyokong Bersih berkumpul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana