Sebelum PRU 14, Mahathir sudah jadi boneka DAP

KUALA LUMPUR: Parti politik pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menjadi 'kuda tunggangan' DAP, demikian menurut Menteri Pertanian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Sekarang pun sudah dilihat menjadi parti yang menjadi boneka. Saya kira sesiapa sahaja yang boleh memenuhi hasrat dan kehendak DAP, saya kira mereka adalah sebahagian dari boneka-boneka yang dikehendaki oleh DAP.

"Secara tidak langsung beliau (Mahathir) adalah merupakan satu daripada barisan depan yang DAP boleh gunakan untuk DAP gunakan bagi meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa semalam yang menjangkakan DAP menjadi parti dominan sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Seri Dr. Markus M. Mojigoh turut bersetuju bahawa DAP menjadi parti dominan dalam blok pembangkang.

Tindakan Tun Mahathir untuk berjumpa dengan ahli Parlimen pembangkang di Parlimen esok atas pengaruh DAP berjaya membenarkan kenyataan Annuar Musa semalam.

"Memang betul (kenyataan Annuar). Sehingga mengheret Tun M ke Parlimen esok. Jadi, inilah kerja-kerja pembangkang ini, terutama sekali DAP.

"Jadi, isu-isu yang mendominasi jika dia (DAP) memerintah negara kita, itu memang betul. Apa yang mereka lakukan ketika ini memang menjurus kepada arah itu," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Umno itu berkata, parti-parti pembangkang bakal menjadi boneka kepada DAP sekiranya memenangi PRU yang akan datang.

Tambah Annuar, DAP ketika ini juga berjaya membuktikan bahawa PKR dan AMANAH sudah menjadi kuda tunggangan DAP bagi mencapai nafsu mereka menumbangkan Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana