Sanggup DAP Dan PAN ‘Melutut’ Pada PAS?

Nampaknya PAS masih mengambil tindakan untuk terus bertegas sehingga ke hari ini. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan partinya menolak jemputan untuk hadir ke Konvensyen pertama Pakatan Harapan pada Sabtu ini di Shah Alam.

Alasan yang diberikan PAS adalah kerana konvensyen itu turut disertai oleh dua parti politik yang kini menjadi seteru utama mereka, DAP dan PAN. Walaupun parti ‘bunga’ akan hadir di konvensyen itu, PAS tetap dengan pendirian ‘berpatah arang’, enggan hadir bersama.

Pada masa yang sama, Mursyidul Am dan Presiden PAS turut menyatakan pada media bahawa jika mahu bekerjasama dengan PAS, maka mereka perlu ikut cara yang ditetapkan PAS. Mereka mahu PAS mengetuai pembangkang dan enggan lagi jadi seperti apa yang berlaku dulu dalam Pakatan Rakyat.

Pada pandangan penulis, PAS secara tidak langsung menyedari tentang kebenaran yang pernah kita katakan pada mereka dulu bahawa mereka hanya diperkuda oleh DAP dan PKR selama mereka bersama dulu. Tidak mengapalah. Walau baru tersedar, ‘better now then never’, bukan?

Namun sikap PAS yang mahu ‘mengetuai’ parti-parti pembangkang itu membuat penulis tersenyum sedikit. Satu pendirian yang benar-benar menunjukkan mereka seakan-akan serik ‘diperkuda’ oleh pembangkang lain.

Mereka tidak takut jika tidak berlaku ‘satu lawan satu’. Jika benar mahukan PAS, maka pembangkang kali ini perlu ‘tunduk’ dan ‘kowtow’ pada PAS. Membentuk Gagasan Sejahtera, memang PAS berstatus ketua kepada parti Ikatan sekarang.

Pada hemat penulis, pendirian itu berkemungkinan besar sengaja ditujukan PAS kepada DAP dan PAN. Persoalannya, sanggupkah DAP ‘kowtow’ pada PAS? Dan apakah PAN juga tergamak untuk ‘melutut’ pada PAS?

Jika Pakatan Harapan dan PPBM mahu PAS menyertai dan bekerjasama dengan mereka, maka mereka perlu memaksa DAP dan PAN untuk tunduk pada kemahuan PAS itu. Sanggupkah DAP dan PAN ‘diperkudakan’ PAS pula kali ini?

Situasi tersebut menimbulkan rasa lucu pada penulis. Kita pun sebelum ini pernah melihat bagaimana PAS begitu mudah ‘cair’ dan ‘melutut’ depan DAP dan PKR. Dan kini mereka mengharapkan supaya DAP dan PAN pula ‘melutut’ depan mereka? Itu melucukan!

Penulis ingin lihat sampai bilakah PAS akan terus ‘keras’ dan berpegang pada pendirian mereka itu. Jika dihantar Pengerusi PPBM pada mereka nanti, apakah mereka akan terus ‘keras’ atau akan ‘cair’ seperti dulu?

Jika dihantar semua pemimpin ‘bunga’ yang terkenal hebat menggunakan ayat-ayat retorik politik datang ‘mengorat’ PAS berkali-kali, apakah mereka akan tetap teguh dengan pendirian mereka? Sama-sama kita saksikan nanti, kuat sangatkah iman di dada PAS?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana