Salleh Man wakil rakyat PAS atau tidak?

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

ADUN Pulau Betong Datuk Muhamad Farid Saad menimbulkan persoalan itu ekoran ADUN Permatang Pasir itu didakwa menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau berkata tindakan itu jelas bertentangan dengan pendirian PAS pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan bekas rakan sekutunya iaitu DAP.

"Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir perjelas kedudukan beliau sama ada masih dengan PAS atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya ketika mencelah sesi perbahasan Bajet 2017 Pulau Pinang oleh Datuk Omar Abd Hamid (BN-Permatang Berangan) pada persidangan DUN.

Terdahulu, Omar ingin tahu sama ada kerajaan DAP Pulau Pinang akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan PAS.

Mohd Salleh yang kemudiannya bangun berkata konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan PAS pusat dan bukan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung kedudukannya sebagai pembangkang dalam DUN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana