RONNIE LIU TAK SEPATUTNYA BERLAKON PENGSAN DALAM LOKAP, TAPI SEPATUTNYA BERLAKON MATI, BARULAH DAPAT SIMPATI YANG BANYAK!!!

Elemen-elemen simpati sudah mula dimainkan...

Anak-anak Zuraidah bising dan cuba meraih simpati, kononnya polis tidak membenarkan mereka menemui ibu mereka, bahkan memberikan ubat harian kepada Zuraidah yang kini berada dalam tahanan polis pun, tidak dibenarkan.

Kesian...

Kejam sungguh polis dan penguatkuasaan undang-undang negara ini...

Ronnie Liu, bekas Exco Selangor yang juga merupakan salah seorang pemimpin utama DAP Selangor walaupun kini dilihat tidak memegang jawatan, tetapi mempunyai peranan besar untuk sebarang aktiviti kewangan DAP, menggunakan DRAMA yang lebih hebat.

Dia pengsan di dalam lokap dan terpaksa dibawa ke hospital kerana tekanan darah tinggi. Sama juga seperti Zuraidah Kamaruddin, ubat tidak dibenarkan diberikan kepadanya!

Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut kata, Ronnie Liu telah dinafikan haknya dan tidak membawa ubat bersama-samanya. Polis juga katanya tidak membenarkan ubat diberikan oleh ahli keluarga Liu dan peguamnya. Malahan mereka turut dinafikan hak untuk melawat Ronnie.

Anehnya, masa dia sibuk membuat hasutan ke sana ke sini, tidak pula dia pengsan dan dikejarkan ke hospital. Dan sudah pastilah, dia tidak membawa bekalan ubat darah tingginya semasa buat kerja menghasut.

Memang sewajarnya juga polis tidak membenarkan sesiapa pun yang mengaku sebagai sanak saudara atau ahli keluarga, apatah lagi peguam untuk menemui Ronnie Liu. Tragedi kematian Teoh Beng Hock yang cuba menyembunyikan kegiatan salahguna dan penyelewengan pemimpin DAP Selangor di mana Ronnie Liu juga merupakah salah seorang daripada mereka, sudah sewajarnya membuatkan polis memperketatkan prosedur.

Hanya kerana dia dilokapkan, maka baru timbul isu ubat?

Bukankah elok kalau Ronnie Liu berlakon mati di dalam lokap... boleh jugalah DAP buat modal berarak ke seluruh Malaysia seperti yang mereka lakukan ke atas Teoh Beng Hock.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana