*RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*

Ramai di kalangan kita yang bimbang dengan penyusutan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika setelah Donald Trump memenangi pilihanraya sedangkan ia adalah fenomena yang serupa dialami oleh banyak negara lain di dunia.

Pelbagai faktor diberikan oleh pakar-pakar kewangan dan ekonomi bahawa asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan unjuran KDNK menepati sasaran yang ditetapkan oleh IMF dan kerajaan bagi merasionalkan pelbagai spekulasi, tanggapan negatif serta persepsi salah pihak-pihak yang berkepentingan yang boleh mengelirukan rakyat.

Seorang penganalisis kewangan sudah pasti tidak dapat menolak kenyataan bahawa nilai matawang sesebuah negara mengalami *PERUBAHAN SETIAP SAAT DAN KETIKA* dan ia bukanlah satu-satunya faktor penentu kepada kekukuhan atau kemerosotan ekonomi sesebuah negara.

Malaysia amat bertuah kerana rakan dagangnya bukan sahaja Amerika Syarikat, bahkan pasaran terbesar dunia China bakal mengikis pergantungan ekonomi negara terhadap Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara sekutu yang berkiblatkan dollar.

Kepada rakyat Malaysia, teruskan mendapat maklumat dan sumber yang tepat dari pihak-pihak yang diberi kebenaran khas contohnya BNM atau KLSE , jalani kehidupan anda seperti biasa dan tolak sebarang analisa dan berita dari pihak yang diragui kredibilitinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana