Rafizi sengaja langgar OSA untuk masuk penjara jadi hero politik - Rahman

Rafizi Ramli tidak perlulah nak melalak main drama air mata untuk raih simpati dihukum penjara 18 bulan langgar Akta Rahisa Rasmi (OSA) kerana tricknya orang sudah boleh baca dari awal.

Pengarah Strateji BN Datuk Abdul Rahman Dahlan dakwa Ahli Parlimen PKR Pandan itu kali ini secara sengaja dan tahu beliau melakukan kesalahan jika mendedahkan maklumat OSA mengenai laporan audit 1MDB.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kata Rafizi sudah berulangkali diperingatkan adalah satu kesalahan jika mendedahkan maklumat itu tetapi tetap terus melakukannya.

“Apakah Rafizi fikir dia berada diatas undang-undang?”,tanya beliau dalam satu kenyataan ulas hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Isnin  keatas dua kesalahan bawah OSA yang dikenakan serentak keatas Rafizi.

Menurutnya pihak polis menyiasat dan pihak pendakwaraya bersetuju ada kes terhadapnya dan kemudian dibicarakan dan didapati bersalah.

“ Inilah yang beliau mahu,”ujarnya.

Rahman mendakwa Rafizi mahu dipenjarakan agar dapat jadi hero politik.

Katanya tidak ada negara yang boleh beroperasi dengan orang yang sengaja mahu melakukan kesalahan dan dibenarkan bebas.

“Maka beliau kena bayar harganya (atas perbuatannya)…dan kena salahkan diri sendiri,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana