Rafizi Sedang ‘Berduka’, Malaysiakini Pula ‘Bergembira’…Tak Apa PH Banyak Duit

Penghujung Oktober semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai bersalah memfitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama NFC. Dia diminta membayar sebanyak RM200,000.

Dari keputusan yang diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi itu, maka sekaligus ia mengesahkan bahawa Rafizi merupakan seorang pemfitnah. Penulis yakin bahawa ramai yang tahu tentang hukum-hakam mereka yang memfitnah dari sudut pandang Islam, bukan? Tak perlu diulas.

Namun begitu, setelah disahkan sebagai seorang pemfitnah, timbul pula persoalan tentang apakah PKR sanggup ‘menyimpan’ seorang pemfitnah sebagai sebahagian dari barisan kepimpinan utama parti mereka?

Pada pandangan penulis, ia tidak menjadi satu perkara yang besar bagi parti pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu. Jika parti itu sanggup berketuakan seorang yang disahkan mahkamah telah melakukan kesalahan liwat, apalah sangat kesalahan memfitnah di mata mereka, bukan?

Jadi, tidak hairanlah jika PKR tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Rafizi. Malah penulis yakin bahawa Rafizi tidak akan serik dengan dakwaan-dakwaan yang berunsur fitnah lagi selepas ini. Mungkin seperti biasa, dia akan beri alasan ‘hanya bergurau saja’ selepas ini.

Menariknya, Malaysiakini.com seolah-olah tidak sensitif pula bila Rafizi diperintah membayar saman sebanyak RM200,000. Mentang-mentanglah mahkamah menolak saman terhadap portal pro-pembangkang itu, suka pula mereka di saat Rafizi dalam ‘kesusahan’.

Malah, Ketua Pengarangnya, Steven Gan, cepat mengeluarkan reaksi atas keputusan mahkamah itu dengan mendakwa mahkamah mengiktiraf tugas wartawan yang melaporkan kepentingan awam dan semalam merupakan hari yang ‘gemilang’.

Penulis tidak nafikan Malaysiakini melaporkan apa yang dikata Rafizi. Tapi bagaimana dengan laporan-laporan yang tidak tepat dan berbaur ‘spin’ hingga menyebabkan ramai pemimpin kerajaan dan PAS tidak puas hati pada mereka? Takkanlah hendak saman setiap hari?

Kadang-kadang, lain yang dimaksudkan, lain pula yang ditulis hingga seolah-olah lari dari matlamat asal menyampaikan maklumat yang dimaksudkan. Bukan sekali dua ‘kantoi’, malah sudah berkali-kali ‘kantoi’ buat begitu.

Kini portal Steven Gan itu terpalit pula dengan dakwaan dokumen bocor yang mendakwa ia dibiaya George Soros. Kita pun kenal siapa Soros. Tun Dr Mahathir Mohamad dulu menggelar Soros sebagai ‘penyangak matawang’. Kita pun tahu dia berbangsa Yahudi.

Jika benar bagai didakwa, maka penulis yakin ramai yang pernah dengar firman Allah SWT yang mafhumnya mengatakan ‘Yahudi Israel itu tidak akan sesekali redha terhadap kamu (golongan Islam) selagi kamu tidak mengikut telunjuk kehendak mereka’.

Jadi, faham-fahamlah sendiri apa maksud firman Allah itu. Harap tidak ada pula yang ‘spin’ tentang ‘telunjuk’ dari mafhum yang penulis tulis di atas. Ia bukan bermaksud jari telunjuk, tapi ia bermaksud kehendak hati dan niat bangsa Yahudi terhadap umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana