Rafizi bersalah langgar dua Akta OSA... dipenjara 18 bulan,berdepan gugur jawatan MP

Berani buat, berani tanggung... nak tunjuk hero, tapi tak berhikmah, inilah jadi dengan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli didapati bersalah terhadap dua pertuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Ini kerana beliau memiliki laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mendapati Rafizi bersalah di atas kedua-dua kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap kesalahan dan berjalan serentak.

Bagaimana pun hakim benarkan penangguhan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ikut peraturan Rafizi berdepan gugur jawatan sebagai Ahli Parlimen dan tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kerana hukuman penjara lebih setahun jika rayuan ditolak.

Rafizi dalam twitter peribadinya berkata beliau akan merayu hukuman tersebut.

Dalam penghakiman, Hakim Zulqarnain berkata mahkamah mendapati tertuduh memiliki dan mendedahkan halaman 98 itu seperti yang dikemukakan dalam mahkamah sebelum ini.

Menurut Hakim Zulqarnain, video mengenai Rafizi membuat sidang media berhubung isu terbabit jelas menunjukkan beliau melakukan kedua-dua kesalahan.

Tambah Zulqarnain, Rafizi gagal membangkitkan keraguan di atas dakwaan terhadapnya.

Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau melanggar OSA 1972.

Beliau melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.

Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media 28 Mac lalu.

Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah kerana melanggar OSA. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi sebutan semula kes.

Menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya dijatuhkan hukuman untuk tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana