Protes Ahok: Ribuan Umat Islam Berkumpul Di Masjid Istiqlal..Jangan Hina AGama Islam Ini Padahnya

JAKARTA: Ribuan penduduk Indonesia berkumpul di Masjid Istiqlal di tengah bandaraya ini sehari sebelum menyertai tunjuk perasaan yang akan diadakan tengahari Jumaat.

Situasi ini juga dijangka menyebabkan kegiatan harian di sekitar Jakarta lumpuh sementara.

Perhimpunan itu dijangka dihadiri 50,000 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan Islam bagi mendesak tindakan dikenakan terhadap calon Gabenor Jakarta, Basuki Thahaja Purnama atau Ahok kerana menghina Islam.

Pengurusan Istiqlal berkata, pihaknya tidak mewujudkan pasukan khas untuk memantau pergerakan umat Islam yang bermalam atau singgah di masjid terbesar negara itu.

"Arahan yang diterima daripada pengurusan masjid adalah untuk memastikan ia kekal bersih menjelang khutbah ketika solat Jumaat," kata Imam Alianysah seperti dilaporkan tribunnews.com.

Sementara itu, pada tengah malam Khamis, masjid itu menerima ratusan bungkusan makanan yang disumbangkan orang perseorangan dan masjid berdekatan kepada peserta perhimpunan itu.

Ahok, penganut Kristian dan berbangsa Indonesia-Cina telah mencetuskan kemarahan umat Islam negara itu apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa calon pilihan raya Gabenor Jakarta beragama Islam menggunakan agama untuk mendapatkan sokongan.

Susulan itu, polis menerima laporan mendesak supaya siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Ahok.

Ahok bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka.

Beliau berdepan kemungkinan kehilangan pencalonannya jika menjadi suspek kes berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana