Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berpendapat, projek penternakan ladang babi moden di Kuala Langat bukan masalah besar meskipun ditentang penduduk sekitar.

Azmin juga menyifatkan bantahan itu sebagai isu biasa yang membabitkan cadangan pembangunan selain sikap demokrasi negara ini.

“Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini,” katanya  pada sidang media di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong, Sabtu..

Menurut  Azmin, kebimbangan mengenai  projek tersebut adalah mengenai kebersihan dan pencemaran kepada penduduk sekitar.

Bagaimanapun, beliau percaya masalah itu  boleh ditangani dengan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan ladang babi berkenaan.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan,” katanya

Projek penternakan ladang babi moden di Selangor berdepan dengan fasa baru apabila dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Pelaksanaan  projek ladang babi itu akan dibina di Ladang Tumbok Mukim Baru Laut, Kuala Langat, Selangor.

Projek yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu dibantah oleh penduduk sekitar yang bimbang masalah kesihatan dan pencemaran bau serta kemungkinan penyakit berpunca haiwan itu.

Menurut Azmin, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan bantahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk mendengar secara terus apa yang dibangkitkan pihak tertentu.

“Dalam mana-mana isu pembangunan, mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana