PPBM KANTOI LAGI

Setelah beberapa "orang harapan" Mahathir bertindak keluar dari parti serta merta biarpun belum sebulan menyertai parti yang diasaskan oleh beliau, kini Mahathir dan PPBM menerima tamparan apabila taktik licik mereka terbongkar lagi!

28 Oktober 2016, Seramai 146 ahli PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA di kawasan gugusan Felda Kertih, Dungun Terengganu telah mengisytiharkan keluar daripada pertubuhan tersebut malam tadi setelah mendapati sebahagian daripada mereka telah didaftarkan sebagai ahli PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) "tanpa kebenaran dan tanpa pengetahuan mereka"

Menurut sumber, usaha terdesak itu diketuai oleh Ketua Pendaftar Pribumi Negeri Terengganu, Mastura Othman yang juga Pengerusi Perkasa Dungun. Tektik licik seperti itu pernah digunakan oleh pihak yang menyokong Mahathir sewaktu Deklarasi Rakyat tempohari dimana sebahagian besar tandatangan yang diperolehi adalah palsu dan terdapat juga tandatangan yang dari kalangan orang yang telah meninggal dunia.

Tindakan keluar dari pertubuhan PERKASA secara beramai-ramai itu dibuat kerana tidak mahu dikaitkan dengan "parti anti Melayu Islam" iaitu DAP. PPBM dan DAP hari ini telah bersekongkol dan mereka tidak dapat menerima apa jua bentuk kerjasama dengan DAP dan pada asasnya PERKASA ditubuhkan atas dasar mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam.

Kesemua 146 ahli PERKASA yang bertindak meninggalkan pertubuhan itu juga menyatakan komitmen mereka yang akan terus bersama UMNO dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu. Pengumuman untuk terus bersama UMNO itu dibuat di Felda Kertih 2, Dungun yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam.

Pada majlis yang sama juga, UMNO bahagian juga turut menerima kira-kira 100 borang penyertaan daripada ahli dan penyokong PAS di Felda Kertih 2 yang diketuai Encik Mohd Senik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana