PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA

PEMILIHAN bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir oleh bapanya sendiri sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari ini membenarkan hujah tentang agenda politik peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamed tidak mahu mengaku bahawa antara punca mengapa dia menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana ingin melihat Mukhriz sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Mahathir dilaporkan oleh sumber-sumber sulit mengatakan berkeinginan untuk menjadikan Mukhriz sebagai orang nombor dua UMNO dalam masa terdekat sebelum mengangkatnya sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

Bagaimanapun pada hari ini melalui parti serpihannya itu, Mahathir menjadikan anak sendiri sebagai orang nombor dua dibelakang ‘kroni politiknya’, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Ketika mana ramai lagi calon yang lebih berpengalaman dan senior, Mukhriz juga yang dipilih hanya sekadar bermodalkan bekas MB Kedah.

“Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jumlahnya 15 orang, maka dengan itu lengkaplah seluruh anggota MPT daripada jawatan pengerusi dan juga timbalan presiden yang diisi Mukhriz,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Pengalaman Mahathir selama lebih 70 tahun berkecimpung dalam dunia politik ini membuatkan dirinya amat licik dalam mempengaruhi rakyat sehingga tertubuhnya sebuah parti yang dianggotai para pemimpin yang sudah kecewa. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana