Polis tangguh ambil keterangan Husni...pembangkang terus 'mencelah'

Sekalipun bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah setakat ini tidak menyatakan sebarang pendirian politik terbaru,puak pembangkang nampaknya tidak sabar-sabar hendak ' mencelah'.
Ini jelas dari gelagat mereka turun sama ke ibupejabat polis di Bukit Aman,Kuala Lumpur awal petang Isnin ketika beliau hendak beri keterangan polis mengenai mengenai dakwaan bocor rahsia kerajaan dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat yang menyentuh isu 1MDB.
 
Guna alasan ' nak beri sokongan moral' antara yang hadir ialah orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yakni Datuk Khairuddin Abu Hassan,Naib Presiden PKR Tian Chua,Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin,Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Dr Hatta Ramli,Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok.
 
Polis sebaliknya telah menangguhkan ambil keterangan dari Husni yang sepatutnya diadakan jam 2.30 petang.
 
Husni tiba di Bukit Aman jam 2.15 petang  dan keluar 15 minit kemudian selepas dimaklumkan mengenai penangguhan itu.
 
Polis tidak menjelaskan mengenai penangguhan itu.
 
Menurut Husni beliau akan dapat tarikhnya dan kemungkinan keterangan itu akan diambil minggu depan.
 
Beliau kelihatan membawa beberapa dokumen bersamanya.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata polis akan ambil keterangan dari tiga bekas menteri,selain Husni...Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal ekoran laporan polis dibuat terhadap mereka berhubung ucapan perbahasan di Dewan Rakyat.
 
Laporan polis itu dibuat oleh dua NGO  Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana