Polis Siasat Dakwaan Campur Tangan Soros

SUBANG JAYA: Polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan jutawan George Soros campur tangan dalam pilihan raya umum (PRU) dengan membiayai kumpulan masyarakat sivil dan sebuah portal berita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad akan menerajui pasukan yang diketuai lima anggota itu.

"Pasukan petugas itu kini sedang menyiasat laporan di internet dan daripada pengadu. Apabila kami telah selesai melakukan siasatan, kami akan memanggi individu tersebut untuk direkodkan keterangannya," kata Khalid.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa individu untuk disoal siasat.

Open Society Foundation (OSF) dilaporkan telah menaja beberapa organisasi tempatan menerusi programnya yang didakwa kononnya untuk mempengaruhi keputusan PRU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana