PM tegur Bagi Sebutir Buah Panas….minta tolong dari BN,bila pilihanraya undi DAP

Dari sudut apa sekalipun cara ini tidak boleh diterima.Minta di sini tetapi sokong sana.

Semua orang tahu kerajaan turut banyak membantu kaum Cina namun pada pilihanraya umum ke 13 lalu majoriti mereka mengundi parti pembangkang.

Hal ini disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Kuala Lumpur Ahad.

Katanya beliau selalu mengingatkan dirinya mahu menjadi Perdana Menteri untik semua rakyat Malaysia.

“Tetapi anda (komuniti Cina) tidak boleh meminta dari Kerajaan BN tetapi apabila tiba pilihanraya, anda undi DAP.  Komuniti Cina mesti membantu kita. Saya merayu kepada komuniti Cina, marilah mengorak langkah ke hadapan bersama BN," katanya.

Apapun Najib akui tanda-tanda sokongan kaum Cina pada BN sudah kembali dapat dilihat dalam pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Katanya BN ingin terus kekal sebagai wadah untuk semua kaum di negara ini.

Namun beliau mengingatkan hakikat bahawa perwakilan mereka dalam kerajaan bergantung kepada jumlah kerusi yang ada.

Beliau tidak mahu kaum Cina terpinggir kerana masalah itu.

Najib juga menaruh keyakinan MCA yang kini sudah bersatu padu mampu membawa perubahan  positif pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau mengingatkan kaum Cina di negara ini supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan berfikiran positif terhadap Kerajaan BN.

Katanya MCA boleh muncul sebagai parti yang lebih kuat daripada dahulu  kerana tidak ujud lagi amalan berpuak dalam parti itu.

"Kalau dulu kita dengar ada team A, B dan C, kali ini cuma team MCA sahaja. MCA sudah mengambil langkah memantapkan barisan di semua peringkat.

"Saya sebagai pengerusi BN  tak pening kepala kerana calon-calon yang disenaraikan untuk pertimbangan  bukan calon team A, B atau C ( seperti dulu) tetapi calon MCA yang terbaik yang boleh menang dalam pilihanraya."

Najib berkata beliau boleh tidur tenang sekarang kerana senarai pilihanraya nanti MCA akan berpandu kepada calon yang sebaik mungkin.

Katanya MCA perlu meningkatkan udaha memulihkan persepsi mereka di mata rakyat bukan sahaja di kalangan pengundi komuniti Cina tetapi juga bukan Cina di negara ini.

"Rapatkan barisan, kerjasama lebih kukuh, tolak tepi segala permasalahan dahulu, kembali kepada satu landasan dan ingatlah bahawa saat ini MCA sudah bersatu, teguh dan berkeyakinan untuk berjaya dalam pilihanraya akan datang," katanya.

Dalam ucapannya Najib turut membidas pembangkang yang menidakkan kejayaannya membawa pelaburan dari negara China semas alawatan ke negara itu baru-baru ini.

"Mana pernah dalam sejarah satu lawatan menghasilkan pelaburan RM443 billion. Tetapi bila kita berjaya, pembangkang menidakkan. Kononnya kita menjual kedaulatan negara pula.

"Apa beza pelaburan dari China dengan dari Jepun atau Amerika Syarikat? Mahathir mengajar kita pandang ke timur dengan memandang ke Jepun atau Korea. Saya pun pandang ke timur. Saya adakan dagangan dengan China sebab ia antara kuasa ekonomi terbesar di dunia," katanya.

Najib menegaskan pembangkang mengamalkan politik jijik, iaitu jika gagal yakinkan rakyat, kelirukan mereka.

Najib turut membidas penasihat Tun Dr Mahathir yakni Matthias Chang yang katanya pernah mengusulkan cadangan kepadanya buat terusan dari kawasan pantai timur ke barat.

"Masa itu dia baik dengan saya. Dia cadang buat terusan. Saya kata terusan ini hanya sesuai untuk zaman dahulu kala. Dia kata ia yang terbaik untuk negara.

"Kita nak buat lebuhraya dan keretapi laju. Inilah dunia moden. Inilah standard penasihat Mahathir," katanya lagi.

Najib berkata beliau mahu kerajaan BN menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan populis.

"Saya faham dalam politik kita perlu sokongan rakyat. Tetapi kita mesti mendidik rakyat supaya berfikir bahawa masa depan mereka bergantung kepada sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana